Wahaha.Setelah sekian lama memencilkan diri dan x update blog, aku kembali lg.Tapi, kali ni dgn cerita2 lama la.Psl dh lama sgt x update.Laporan bermula pd 28hb September 2008.Dlm keresahan aku dan sebilangan kecil rakan2 yg x terima surat dr UniKL dan MARA, aku jgk x lupa utk sambut hari raya.Famili aku buat keputusan utk blk pd 28hb memandangkan raya akan disambut pd 1hb Oktober 2008.Kira sempat la berpuasa 2 hari kt umah nenek aku.Ramai adik-beradik mak aku nk buat mcm tu sbb bukak puasa ramai2 ni best la.Meriah tahap gaban.Kalau kt umah aku, ada lapan org je.Sembilan termasuk bibik yg ada kt umah.
Perjalanan famili aku dr Seberang Perai ke Bachok, Kelantan (atau lebih dikenali sbg metropolitan Bachok dlm kamus idup Ee) bermula pd pg 28hb.Agak lewat jgk kami b'tolak, dlm pkl 9.30 pg.Kira mmg akan sangkut dlm jem la.Sangkaan ditepati bila kami mmg betul2 sangkut dlm jem kt Jeli.Tapi, kira dh ok la sbb Jeli dh dlm kwsn Kelantan.Dh sampai Kelantan la kiranya.Tahun ni, kami blk raya kt kampung sblh mama aku je memandangkan kt kampung sblh papa aku, xde org.Nenek aku raya kt London tahun ni, ngan mak cik aku yg keje kt MSD London.Eksen! Dlm pkl 6 ptg mcm tu, kami selamat sampai kt umah nenek aku.Dh ramai org kt umah nenek aku.Mcm biasa la, time raya penuh la.Time x raya, sunyi gilo.
Time bukak poso mmg meriah, sbb ramai org.Suasana riuh-rendah.Walaupun ramai, lauk-pauk tetap cukup.Yg aku x puas hati ialah air nyo atau lebih dikenali sbg air kelapa di 'keluaran'.Nmpk banyak dh tapi ramai la plok yg minat air tu.Jd, selling fast la.Aku sempat minum 1 gelas je kot.Pastu, bila nk tmbh, makcik aku bgtau dh abih.Frust tertonggeng la.Sbb aku ni jenis yg tamak haloba.
Apa2 pun, ptg tu mmg best.Lepas solat maghrib je, aku sambung blk.Masing2 dh kekenyangan menyebabkan jemaah terawih kt masjid di kampung aku berkurangan.Ngan aku2 skali x pegi solat terawih sbb dh penat sgt.Dr pagi sampai petang duk atas kereta.Mlm tu mmg tdo mati la...
1 comment:
eh..cek su keje JPA London bukan MSD hahahhahahah...wrong info huhuhuuh....
Post a Comment