Sunday, February 28, 2010

Sheffield Games

This year, Sheffield Malaysian Students Association (SMSA) again organised a sporting event known as Sheffield Games. According to Mr President, this is the second largest games after Nottingham Malaysian Games. We just smiled and nodded. Most of the students participate in the football and badminton. I don't know how to play football, also known as 'kaki bangku' in the Malay proverb. In my opinion, those who can play football well appeared to be 'kacak' and 'bergaya' especially when they are about to kick the ball.



At the pitch


Focused spectators

Lots of Malaysian from all over UK came to Sheffield to experience this event. I went there to polish my skill in photography, meet my friends, 'main-main' and the most important thing was to try different kinds of foods sold at the food bazaar. The very last event was a football match between Massoc and Bradford.

Sheffield Games Committee


Block!


Sedapnya

Wednesday, February 17, 2010

Keramaian yang ramai

Setelah 3 hari berada di Cardiff bersama rakan-rakan, aku seorang diri telah me'rocket'kan diri ke London menggunakan rocket yang diberi nama National Express. Tidur di rumah Che Su semalaman untuk mengumpul tenaga demi untuk menyambung perjalanan pulang ke Sheffield. Sebelah paginya, Che Su ajak aku ke 'car boot sales' atau nama melayunya jualan daripada but kereta. Kesejukan dan kejauhan yang amat membunuh perasaan riang aku untuk menikmati suasana car boot sales.
Selepas makan tengah hari, aku keluar awal dari rumah Che Su untuk ke Oxford street, dalam misi mencari cap macam army pakai dalam usaha untuk menambahkan ke'macho'an diri. Ternyata usahaku berbaloi. Aku berjaya dalam misi tersebut.
Namun sebelum itu, dalam perjalanan dari Bayswater ke Oxford street, menaiki bas 148 (aku kurang pasti), keadaan jalan raya agak sesak. Tidak pernah aku melihat London dilanda jam. Kelihatan beberapa orang manusia berbangsa Arab berlari-lari anak. Ada rusuhan kah? Aku segera mencapai kamera digital. On terus. Aku berdiri di sebelah pintu keluar bas. Seorang pakcik Arab menerpa ke arah pintu, dan dengan selambanya menekan butang emergency exit untuk keluar dari bas. Aku segera mengikuti jejak langkah pakcik itu sambil hati berteriak, "Pakcik...tunggu dulu, nak ikut jugak".
Rupa-rupanya ada...tak tau nak cakap apa. Nak kata demo, bukan. Rusuhan pun bukan. Ni upacara memperingati pengorbanan Imam Hussain dan keluarganya yang dibunuh dengan kejam di Kerbala. "This is a battle between good and evil". Aku ingat ayat tu saja. Ayat yang keluar dengan nada penuh semangat dari mulut seorang awek Arab yang cun. Satu lagi ayat yang aku paling ingat ialah, "Would you mind if I explain this to you?", tanya seorang awek Arab lain yang cun jugak. Aku ambil masa kira-kira 5 saat untuk respon sebab terpegun dengan kecantikannya. Haish! Godaan syaitan. "You can have this pamphlet". Tu ayat dari awek Arab lain yang kurang cun, tapi aku ingat jugak. Sambil-sambil 3 orang minah Arab tu duk explain pasal upacara ni, aku duk ambik gambar jugak. Sayang sekali sebab aku lupa nak ambil gambar mereka. Hahaha. Dapat disaksikan juga tarian separuh bogel di Hyde Park Corner sempena upacara ini.


Masjid ni melambangkan apa, aku pun tak tahu


Aku baca dari sini, tapi tak faham


Wanita dan kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk berarak


video
Tarian separuh bogel dalam cuaca sejuk

Monday, February 15, 2010

Aku berpijak di bumi Cardiff

3 haribulan Februari 2010, habis exam untuk semester satu. Aku terus 'rocket' ke Cardiff, singgah sebentar di London sebab rasa nak singgah. Hahaha... jangan marah che Su.

Beliau dan rakan beliau kepenatan selepas menjawab peperiksaan dengan tekun

Tujuan ke Cardiff, tidak jelas. Hanya untuk bertemu member-member dan menghabiskan masa sebelum kelas untuk semester kedua bermula. Aku sampai di Cardiff tak lewat dan tak awal. Dijemput oleh Tot dan Pini di Cardiff University stop berhampiran Student Union building yang tak nampak gah seperti di Sheffield. Salah sangka timbul dalam diri aku, kerana aku menyangkakan itu adalah sebuah stesen bas. Malam pertama, tidur di bilik Tot. Sunyi sepi sendiri aku benci. Sebab flatmate Tot pergi berparti. Dan yang paling susah kat bilik Tot ialah bila nak 'membuang'. Sebab susah nak basuh.

Tot yang kesepian

Keesokan harinya, aku nekad mengikut Tot dan rakan-rakan ke kelas Thermodynamics. Masuk lecture dan buat macam dah familiar dengan lecturer. Solat Jumaat skip sebab musafir, jadi masa itu digunakan oleh aku dan Thoriq untuk pusing Bute Park yang agak terkenal di Cardiff.

Kemiskinan membawa kekufuran. Minta dijauhkan...

Waktu malam pula, makan malam di Mirchi, restoran India halal. Kerana dirasakan malam masih muda, aku dan rakan-rakan lepak di kedai shisha dan menghisap beliau. Sungguh tidak patut. Malam itu juga, aku men'transfer'kan diri ke rumah Abe Mat untuk menukar angin. Abe Mat masak 'ayam masak lemak'. Walaupun aku dah kenyang, tapi aku makan jua demi menenangkan hati Abe Mat yang sudah tension menunggu aku dan rakan-rakan pulang dari kedai shisha. Pagi menjelma, aku tidur semula selepas Subuh. Bila bangun, mee kari sudah tersedia. Alhamdulillah...

Hamba Allah yang taat akan perintahNya

Tengah hari dihabiskan dengan berjalan-jalan di sekitar Cardiff Bay, ala-ala Danga Bay di Johor Bharu. Cadangan yang tak patut diterima dengan rela hati oleh rakan-rakan ialah bermain boling. Agak mahal namun berbaloi kerana masa dihabiskan bersama rakan-rakan. Sebelum aku bertolak balik ke London, kami makan-makan di Spice Route secara buffet yang memaksa aku memanfaatkan segala kudratku untuk memastikan bayaran 6 pounds adalah berbaloi. Zass!

Friday, February 12, 2010

Winter Break 09

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga aku meng'update' berkenaan Winter Break yang lepas. 'Gerombolan Sheffield ke PUISI', nama yang diberikan oleh Pisang selaku penasihat gerombolan. Pisang juga tidak lupa untuk menubuhkan group ini di Facebook. Patut la ko final year Pisang...

Perjalanan bermula dari Sheffield pada 20 December 2009. Hari yang disangka tenang tiba-tiba ber'snow' tebal menyebabkan kelewatan kepada gerombolan untuk menaiki bas. Tak disangka-sangka, bas pun lewat maka terselamatlah gerombolan. Namun begitu, aku dan rakan-rakan terlepas flight ke Belfast jua. Sebab yang boleh dikaitkan:

1. Bas lambat tapi flight bertolak pada masa yang dijadualkan.
2. Aku x declare liquid, jadi aku terpaksa melalui 2 kali security check di East Midlands airport.

(p/s: Sori rakan-rakan)

Pisang dengan kebijaksanaan final yearnya telah menghubungi Firdaus Rahim Notts, katanya nak tumpang rumah sebelum flight pagi esok. Macam biasa, dia bagi saja dan trimas kepada tuan rumah di atas layanan first class daripada anda. Tiket baru ke Belfast dibeli secara online dari rumah Firdaus. Aku dapat merasa percikan darah dari lubang hidungku dikala jari menekan mouse di atas butang 'pay' kerana harga tiket yang sangat mahal.
Flight ke Belfast awal pagi, ada kelewatan sedikit dek runway dan sayap pesawat sendiri yang diselaputi 'frost'.


Gerombolan dan Tepet di hadapan masjid di Belfast

Belfast macam menarik, tapi malam terlalu cepat menjelma, jadi tak menarik sangat. Kami sempat tengok Queen's University Belfast. Keesokan harinya ke Giant Causeway dan tour sekeliling Northern Ireland. Memang cantik dan mengasyikkan. Terima kasih kepada Tepet, Nubli dan Hakim di atas layanan yang paling mesra pernah aku terima. Kalau korang datang sini, tak tahu la macam mana aku nak balas.
Perjalanan seribu batu diteruskan ke Dublin, ibu negara Ireland. Kami naik bas memandangkan Dublin dekat sahaja dari Belfast. Dublin agak 'lame' jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Hihihi... Malaysian Hall menjadi tempat penginapan kami seterusnya sebelum ke Perhimpunan Ukhuwwah Insaniah Seluruh Ireland (PUISI), satu program perkongsian ilmu di musim sejuk.
Masa 4 hari dihabiskan di Mount Melleray iaitu tempat kejadian dengan perkongsian ilmu daripada Ustaz Burhan Che Daud. Apa yang aku ingat hanyalah PDCA. My bad!.


Riang ria di Mount Melleray sehingga aku lupa apa tujuan aku ke sana


Rakan sekampung, sekelas, seMRSM namun berbeza dari segi kematangan
(sori e'e mung terpaksa buat apa yang aku mintak)


Selesai program, sehari masa dihabiskan di Dublin, untuk boxing day pada awalnya. Namun apabila melihat harga barang, darah meleleh keluar dari hidungku perlahan-lahan. Harga barang di Dublin sememangnya mahal jika dibandingkan dengan harga barang yang sama di United Kingdom.


Dapat dilihat kebanyakan ahli gerombolan bertangan kosong di Dublin

Apabila menjelangnya malam, gerombolan bertolak meninggalkan Dublin dan Pisang selaku penasihat gerombolan. Katanya ingin mencari ilham di Dublin.
Gerombolan tiba di Sheffield lewat malam, kepenatan namun puas dengan apa yang dilalui. Wassalam.


Kerja aku sebagai ahli gerombolan: Record video

Wednesday, February 3, 2010

Berakhirnya semester 1

Masa cepat sahaja berlalu. Peperiksaan untuk semester 1 pelajar tahun kedua Mechanical Engineering University of Sheffield baru saja tamat. Kerja sekarang ialah print jadual untuk semester 2 dan susun masa elok-elok. Kena jadikan apa yang tak cukup masa semester 1 jadi lagi baik.

Sebelum exam: Study


Selepas exam: Gaya hidup sihat

Dan bila kesusahan melanda, monitor komputer la tempat aku termenung. Tengok gambar keluarga yang nun jauh di sana.

Wallpaper yang tak pernah ditukar sejak sampai di Sheffield

InsyaAllah pagi esok, aku akan bertolak ke Cardiff untuk menziarahi rakan-rakan seperjuangan di UniKL dulu. Transit di London untuk ambil barang yang mama kirim dari Malaysia di rumah Che Su. Kalau dipanjangkan umur, update selepas ini adalah berkenaan dengan Winter Break yang lepas. Gambar tak ada lagi. Wassalam.

p/s: Kredit to Din a.k.a Baim sebab bagi pinjam spek untuk tujuan penggambaran.