Sunday, December 20, 2009

Apabila snow turun....

Sekali lagi, aku gagal menyembunyikan perasaan dan terpaksa berlaku jujur kepada diri sendiri. Bila snow turun kat Sheffield, ramai budak Malaysia jadi sasau. Dan aku termasuk dalam golongan mereka yang sasau dek belum pernah melihat snow turun. Orang puteh ilek je kat dalam rumah.


Masa snow mula-mula turun


Bila snow dah berhenti

Tapi, tak hairan la kalau aku dan rakan-rakan yang lain menjadi sasau akibat snow, sebab Jamil (anak orang puteh) turut ikut sasau bersama. Siap ada photography session lagi dalam snow. Hahaha.

Photography session: Hazim dan Jamil


video
Video excited

Tuesday, December 15, 2009

London lagi

Nak buat macam mana, dah Che Su ada kat London, aku gi je la. Kali ni aku ke London ngan Thoriq jugak, memandangkan Che Su pun dah kenal Thoriq dan Thoriq pun dah kenal Che Su. Senang keje. Aktiviti bermula pada pagi Sabtu. Aktiviti koman yang kami buat kat London, mesti tak miss bagi makan burung ngan tupai kat Hyde Park. Burung baik tapi tupai jahat. Sebab ada sekor tupai tu secara sengaja telah mencakar jari demi untuk mengambil sebiji almond. Kalau aku jumpa tupai tu, aku nak gigit ekor dia. Bagi kontot. Hahaha.

Thoriq 'overexcited'


Almond tumpah kat atas rumput

Petang Sabtu tu jugak, aku telah mengajak Thoriq dan Che Su ke Hard Rock cafe, London. Kalau tak silap aku, dekat ngan Hilton London. Dekat area Hyde Park Corner. Aku memang dah niat nak beli baju Hard Rock cafe, baru nampak rock.
Masa kami kat Hard Rock tu jugak, ada pameran kecik kat bawah Hard Rock shop. Koleksi simpanan pemilik dia kot. Ada baju Elvis Presley, gitar Oasis, gitar Curt Cobain dan banyak lagi yang aku tak kenal. Khabarnya muzium kecik kat bawah Hard Rock shop tu adalah bekas bank untuk Ratu Elizabeth. Memang sebijik macam bilik kebal la. Macam penjara pun ada.

Mr Rock memberi penerangan

Aku dan Mr Rock

Kagum tengok gitar Curt Cobain (Thoriq hanya menurut arahan)

Aku dan Che Su dikurung dek cubaan Che Su untuk melarikan gitar milik Curt Cobain dan baju tidur Elvis Presley.

Lepas tu jugak, kami ke Winter Wonderland kat Hyde Park Corner. Macam funfair saja benda ni. Tapi ramai sangat orang pergi, mungkin sebab weekend. Siap ada konsert lagi. Aku tak melepaskan peluang la untuk layan.....


Pintu masuk


Konsert kecik

video
Video konsert kecik

Esok pagi plok, aku ngan Thoriq bercadang untuk melawat Andhar kat umah dia di Finsbury Park. Dalam perjalanan ke rumah Andhar, aku bawak Thoriq pergi jalan-jalan kat London, memandangkan kedatangan Thoriq ke London untuk edisi lepas tidak begitu memberangsangkan.

Park mana ntah. Cubaan untuk memasuki kawasan larangan.


Ni Trafalgar Square kot

Rasanya setakat tu je post untuk kali ni. Wassalam.

Monday, December 14, 2009

Pameran Muto

Pameran muto atau dalam nama lainnya pameran motosikal atau nama rasminya The Carole Nash NEC Bike Show telah berlangsung di National Exhibition Centre (NEC) dari 27 November hingga 6 December 2009. Aku dan beberapa orang rakan sekepala mengambil peluang untuk ke pameran ini disebabkan oleh 'daya tarikan' tertentu. Walaubagaimanapun, kami sememangnya berjiwa 'rider' (walaupun aku sendiri tak ada superbike) kecuali Thoriq yang hanya bersederhana dalam apa jua keadaan.
Plan asal, nak sewa kereta. Apakan daya, dek umur yang tidak cukup 25 tahun menyebabkan hal sewa-menyewa ni jadi rumit. Trimas kepada saudara Abad kerana sudi meminjamkan kereta beliau kepada kami, disertakan dengan saudara pemandu skali yang dikenali sebagai Safis. Kalau orang lain nak bawak, kena buat insurans baru. UK memang leceh bab-bab ni. Perjalanan ke Birmingham mengambil masa selama 2 jam, tambah ngan jem dekat susur keluar ke NEC.
Tiket masuk memang awal-awal dah beli, memandangkan rasa malas nak beratur panjang kat kaunter tiket di NEC. Nak masuk cepat-cepat gitu. Tiket parking pun dah beli skali. Haish! Memang plan baik la.



Jejaka-jejaka berjiwa 'rider' dalam perjalanan menemui 'The Ultimate Riding Machine' (muto la tu)

Dewan pameran memang besar dan orang pun agak ramai. Ada bahagian jual aksesori, ada bahagian jual motosikal dan ada bahagian untuk pameran sahaja. Semuanya 'menarik'. Agak lama jugak kami kat pameran tu, dari pukul 11 pagi hingga 6 petang. Memang memaksimumkan harga tiket 17 pound la.
Sepanjang pameran, tak lengkap la kalau kami tak amik gambar. Siap bawak 'senapang' lagi tu. Trimas kepada Kayrel untuk gambar-gambar ni.

Optimus Prime ni dibina daripada scrap motosikal

Pelan-pelan kayuh, aku try yang kecik dulu. Duduk je la.


Ni la motosikal feveret, insyaAllah nak pakai bila start kerja nanti.


Thoriq pun nak jugak


Ni la abg jurukamera kami, Kayrel.


Ni plak Paih, toggek abis. Motosikal ni pun feveret aku jugak.


Patutnya aku yang menang, sebab aku duk kat depan, Paih duk belakang. (rujuk gambar di atas)


Ni la tarikan kat pameran ni. Kata Paih, muka dua-dua minah ni macam orang tak habis skolah. WAllahua'lam. Aku pun lupa nak tanya.

Lepas abis meronda kat pameran tu, kami terus menuju ke Sheffield, nak balik dah ni. Singgah kat rumah kawan Abad untuk amik charger phone Abad yang tertinggal.
Kat Nottingham pun singgah jugak. Singgah makan lagi kat umah kakak nama apa ntah, aku main makan je kat umah dia, nama pun aku tak tanya. Khabarnya rumah kat Kota Bharu. Apa yang aku tau, Kota Bharu tak sekecik rumah aku, jadi memang tak pernah nampak la dia kat Kota Bharu. Kakak ni kawan kepada Safis dari MRSM Pengkalan Chepa. Skrg buat Master dekat University of Nottingham. Tu yang ilek jah gi makan kat umah dia. Trimas kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.

(p/s: Kepada sesiapa yang belum bayar harga tiket ngan minyak, sila jelaskan secepat mungkin kepada aku. )

Tuesday, December 8, 2009

Konsert Cap Cina

Dah lama tak update...
Kali ni pasal konsert cap Cina plak. Malam raya haji aritu, aku secara solo telah pergi ke Chinese orchestra, persembahan oleh pelajar-pelajar dari Nanjing University, China. Sorang-sorang memang superb time main muzik. Masing-masing ada speciality. Ada jugak aktiviti selingan, macam kaligrafi Cina dan short introduction untuk musical instrument yang budak-budak tu main. Tiket memang murah, hanya 2 pound. Cuma yang sakit, bila masuk konsert tu, rasa macam duk kat China la. Penuh dengan orang Cina je. Hahaha. Nih ada sedikit gambar dan video untuk malam tu.

Mamat ni main flute...mampu memukau gadis-gadis dengan kepakarannya

Persembahan kaligrafi Cina, dihadiahkan kepada universiti

(p/s: Bagi aku yang tak reti menghargai seni, kaligrafi yang ditulis tak cantik pun, skali tengok macam adik aku tulis pakai krayon. Mungkin diorang bagi kaligrafi tu kat universiti sebab malas nak bawak balik, dah la tak cantik, wat semak je)

Artis-artis

video
Si comel




Tuesday, December 1, 2009

Aidiladha bersama keluarga

Ahah! Aku memang suka sangat-sangat kalau dapat sambut hari raya dengan famili, tak kisah raya puasa atau raya haji. Alhamdulillah, tahun ni aku pun berkesempatan sambut hari raya haji di Sheffield bersama famili. Tak kira di mana-mana pun, tanpa aku sedar, aku dikelilingi keluarga aku. Che Su duk London, dekat saja kalau nak pergi (walaupun 4 jam lebih naik bas yang membawa kesakitan punggung) dan kak Sha duk Manchester, lagi dekat. Aku tak kisah samada famili tu famili dekat atau jauh. Yang penting orang tu ada. Hahaha.

Aku dan kak Sha

Aku nak cerita la sikit pasal kak Sha. Kak Sha merupakan anak kepada sepupu kepada mak aku (dalam bahasa senangnya, second cousin aku) yang aku panggil cik Zah. Masa kat kampung, jangan harap la aku nak cakap ngan dia, nak tegur pun bagai nak luruh tulang dari badan. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Padahal aku selalu saja nampak dia masa hari keluarga ataupun hari raya. Tapi, bila datang belajar kat sini je, yang tak pernah ditegur tu la yang aku cari. Tambah kesenangan aku bila dapat tau dia selalu datang ke Sheffield, maklumla ramai kawan dia kat sini. Masa mula-mula aku nak jumpa dia, tido malam pun tak lena (tak tipu nih), menunggu hari cepat pagi. Sebab aku rasa jauh sangat dengan famili dan dia yang terdekat yang aku boleh cari. Terubat juga la rindu dekat keluarga kat kampung. Harga untuk kenal kak Sha, aku boleh katakan tak ternilai dengan matawang la, walaupun dalam hati aku tegar mengatakan bahawa harga nak kenal kak Sha adalah sama mahal dengan harga pinjaman boleh ubah MARA. Kih3...
InsyaAllah tahun depan, Nana iaitu adik kak Sha akan datang ke Sheffield untuk sambung belajar dekat sini. Mungkin Allah dah takdirkan, kat mana pun aku berada, keluarga tetap di sisi. Cewah! Membuatkan rasa homesick aku kurang sedikit...harapnye la.


p/s: Kredit kepada kak Sha sebab bagi gambar ni

Monday, November 30, 2009

Aidiladha

Selamat menyambut Aidiladha diucapkan kepada saudara-mara, guru-guru dan rakan-rakan di Malaysia.

Friday, November 27, 2009

London (Part 3)

Sambung lagi ek...
Dalam kegembiraan tu, ada kelalaian yang tidak disengajakan. Ayat apa pun aku tak tau. Main bantai je.
Ok la. Lepas lepak-lepak dekat residential hall Aufa, aku dan 3 orang lagi rakan (Andhar, Akmar dan Syazmir) baru teringat yang kami nak kena balik. Part yang best ialah bila Aufa tanya, "Korang balik naik apa ek?". Masa tu, kami pun tertanya diri masing-masing. Aku memang menyerahkan segala keputusan kepada Andhar la. Sebab aku memang tak tahu selok belok London. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Tube semestinya dah tak ada. Jadi, kami check jadual bas 24 jam. Yang bestnya kat UK, jadual untuk pengangkutan awam semua ada kat dalam internet. Senang nak akses.

Bila dah dapat route yang diperlukan, kami semua blah dari bilik Aufa untuk balik. Kononnya la... Malang tidak berbau apabila bas yang ditunggu-tunggu tidak sampai. Aku kepelikan. Beginikah UK, dengar kata efisyen? Ahah! Masa tu jugak la Akmar tengok notis dekat papan tanda perhentian bas. Bas yang ditunggu-tunggu rupanya terlibat dalam strike a.k.a mogok kot. Kat UK, suara rakyat memang menjadi penggerak negara. Ada je yang kurang berpuas hati, mereka buat strike. Jauh sekali berbanding Tanahair tercinta. Kuasa terletak di tangan ahli politik. Baik ahli politik itu, baiklah negara.
Setelah 30 minit menunggu tanpa putus asa, kelihatan Andhar kepanikan. Terjenguk-jenguk bas nombor 25 yang tak kunjung tiba.

Andhar kepanikan bersedia untuk menahan bas di atas jalanraya

Aku dan rakan-rakan Andhar yang lain tenang memerhatikan gelagat Andhar yang mendesak kami memulakan perjalanan seribu batu ke destinasi yang tidak diketahui.

Ketenangan jelas dilihat di muka kami

Sesekali kami terperdaya dengan kata-kata Andhar yang mengkahabarkan bahawasanya bas yang ditunggu-tunggu telah muncul. Andhar memang hampeh!

Tertipu oleh Andhar

Kelihatan sebuah bas meluncur laju dan berhenti di hadapan kami. Tanpa melengahkan masa, kami terus menaiki bas tersebut yang mungkin dapat memberi harapan baru kepada kami semua. Sekali lagi kejakunan aku jelas dilihat. Maklumla, aku tak pernah naik bas 'ting tong' dua tingkat. Namun, perjalanan bas itu terhenti selepas 3 stesen yang langsung tidak memberikan sinar harapan kepada kami.
Dek kekecewaan yang melampau, berbekalkan peta tube, kami menapak mencari sinar harapan. Bayswater masih jauh. Entah di mana. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Arghh! Penapakan kami terasa begitu jauh, mungkin dari Whitechapel ke Holborn.

Peta perjalanan; tekan untuk pembesaran


Kepenatan setelah berjalan hampir 2 batu

Hahaha, akhirnya idea yang menelan kos timbul dalam kepala masing-masing. Naik cab. Nak cari cab pun tak senang, maklumla waktu orang lain tidur. Nikmat masih lagi diberikan kepada kami semua. Sebuah cab berhenti dan 14 pound dilihat sebagai 14 pence pada masa itu. Next destination, Edgware road. Rumah Akmar. Kena hantar dia dulu, kang apa-apa jadi, susah hidup dia.
Seterusnya, aku, Andhar dan Syazmir naik bas 'ting tong' ke Bayswater yang tak jauh dari situ. Rumah Syazmir juga di Bayswater, dekat dengan rumah Che Su. Ketibaan di rumah Che Su adalah pukul 3 pagi. Penat nak mampus. Aku terus tido saja.

Esok pagi, cadangan awal adalah untuk ke Hyde Park, bagi burung, tupai dan angsa makan namun cuaca tidak mengizinkan. Hujan lebat. Trip ke Hard Rock cafe pun dibatalkan jugak. Maka, lepaklah kami di rumah Che Su. Aku macam biasa la, tido balik. Tumi ada call cakap nak datang makan kat Malaysian Hall. Katanya akan memecut dengan 'superbike kayuhan' ke MH. Kami menunggu.

Thoriq, aku, Tumi (bersama superbike) dan Andhar

Bas aku dan Thoriq dijadualkan bertolak jam 3.30 petang ke Sheffield. Dek kelalaian lagi, aku mengkonfidenkan diri bahawasanya bas kami bertolak pukul 3.45 petang tanpa merujuk kepada tiket bas. Pukul 3.15 petang baru nak gerak ke Victoria Coach station, alhamdulillah kami sampai pukul 3.27 petang. Masa genting sangat, cari bas tak jumpa. Jadi, Thoriq ke kaunter pertanyaan untuk cari bas. "Platform 18 and it's still there", jawab mat salleh penjaga kaunter. Sampai-sampai je kat platform, jam dah menunjukkan 3.31 petang, kelebihan seminit di situ. Bas pula sudah tiada. Alahai... nak taknak, kena beli tiket baru. Melayang 13 pound.

Walaupun ke London hanya 2 hari, macam-macam experience aku dapat. Aish!


Thursday, November 26, 2009

London (Part 2)

PERHATIAN!
Post ini sangat panjang...


Ahah! Cerita aku di London bersambung lagi. Setelah puas tengok-tengok apa yang ada kat funfair di Hyde Park Corner, aku ngan Che Su meneruskan perjalanan seribu batu menuju ke arah Buckingham Palace. Tujuan asal ke situ sebab aku ada bagitau Che Su yang aku nak tengok askar yang tercegat macam patung tu. Alik-alik takde jugak. Jadi aku tengok je la sorang askar duk kawad kat dalam kawasan istana tu. Kelihatan agak macho, lalu aku meniru beliau.

Aku yang meniru kawad 'kemachoan'

Sebenarnya, aku dah janji dengan sorang member aku yang menuntut di University College London atau nama popularnya UCL untuk berjumpa di Buckingham Palace. Apakan daya, kami rakyat biasa, tak boleh masuk ke dalam istana. Lalu kami jumpa dekat luar je la.

Che Su ajar amik gambar macam ni. Sungguh tidak macho.

Kawan aku ni, nama dia Andhar. Asal dari Pulau Pinang, tak jauh dari rumah lama aku. Status single. Dulu merupakan ahli badan wakil pelajar di Kolej Mara Seremban. Che Su dengan senang hati mem'pass'kan aku kepada beliau sebab Che Su ada hal 'penting' kat umah.


Aku dan Andhar di luar Buckingham Palace

Aku dan Andhar tanpa melengahkan masa 'menapakkan' diri menuju ke Big Ben dan Parliament House, antara landmark yang ada di London. Kalau sape-sape gi London, mesti gi tempat ni, untuk ambik gambar la. Rasanya seluruh dunia tahu kot Big Ben ada kat London sahaja.
Bagi orang muda macam aku (walaupun digelar 'Uncle'), menapak merupakan sesuatu yang biasa walaupun jarak ke tempat yang dituju agak jauh. Nak naik cab, tak dapet la. Baik buat beli makanan.

Aku yang kelaparan dan Big Ben

Di sebelah Big Ben adalah Parliament House. Jadi, 2 dalam 1 la. Dua-dua ni duk kat tebing sungai Thames atau Thames river, sungai yang terkenal kot kat London. Nak ke Tower Bridge, tak dapet la sebab macam jauh je. Jadi, aku melepak-lepak la di atas jambatan berhampiran Parliament House ngan Andhar.

Thames river

Satu lagi tarikan yang ada di London ialah London Eye atau 'Mata London'. Secara asasnya, benda ni adalah sebuah ferris wheel yang besar tahap gaban, dikatakan terbesar di benua Eropah. Ada 32 passenger capsules kat London Eye dan pada kapsul ke 13, hanya kerangka dapat dilihat. Satu kepelikan bagi aku. Mengikut kata Andhar, nombor 13 merupakan nombor sial bagi orang UK. Macam nombor 4 bagi orang Cina. Mungkin diorang cuak bila naik kapsul nombor 13. Maybe kapsul tu boleh tercabut sendiri dan jatuh. WAllahua'lam. Namun, kita kena yakin, semua tu kuasa Allah. Macam-macam boleh jadi.

Kedahagaan dan London Eye

Andhar seterusnya bawak aku ke St Paul, salah satu gereja yang popular kat London. Jauh jugak jalan kaki dari Thames river ke St Paul, namun aku gagahi jua dek mahu melihat tempat orang.

Dek kecikaian kamera, St Paul nampak seperti lukisan

Kemudian, aku ke UCL bersama Andhar, untuk solat Maghrib. Namun, hanya Andhar sorang sahaja yang menunaikan solat, aku hanya duduk dan memerhati. Kenapa? Adakah aku telah terpesong? Tidak sama sekali. Aku bercadang untuk solat di rumah memandangkan aku bermusafir. Surau di UCL tidak selengkap surau di universiti tempat aku belajar. Surau UCL hanyalah sebuah kabin seumpama site office. Di UCL, tandas merupakan tempat untuk mengambil wuduk. Di Sheffield, bilik khas disediakan untuk umat Islam mengambil wuduk. Alangkah mudahnya...
Plan asal kami adalah untuk ke Trafalgar Square, untuk berjumpa member aku dari Beseri yang menuntut di Queen Mary University dalam jurusan Pergigian. Namun, oleh sebab-sebab ingin tahu, aku mengambil keputusan untuk ke tempat beliau iaitu Whitechapel, east London, kawasan di mana ramai umat Islam.
Namun sebelum itu, sifat ingin tahu dua anak muda membawa kami ke Soho Square, kawasan yang bagi aku agak gelap di London, seumpama Lorong Haji Taib dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Namun, Soho sedikit ekstrem. Sifat ingin tahu kami didorong oleh seniorku yang memberikan khabar-khabar gembira mengenai Soho Square. Andhar, seperti biasa mula menggelabah apabila melihat 2 orang lelaki berjalan seiringan berpegangan tangan. Jalan-jalan yang kami susuri dihiasi dengan bar-bar yang dikhususkan mengikut jantina. Paham-paham sendiri la. Sekarang, baru aku mengerti apa itu 'Taman Skodeng' yang pernah dikhabarkan oleh Papa. Hanya dengan harga serendah 5 pound, 'macam-macam' boleh dilihat. Namun, semua itu hanyalah nikmat dunia...
Perjalanan diteruskan lagi ke Oxford street, syurga membeli-belah di London. Banyak barangan berjenama namun aku bukanlah jenis yang mudah tertarik dengan benda-benda seumpama ini. Aku dan Andhar seterusnya ke Whitechapel, menaiki tube dengan bekalan Oyster card yang dibekalkan oleh Che Su. Naik tube memang memeningkan bagi orang yang mudah panik. Terlalu banyak line yang bersimpang-siur. Silap haribulan, lain pula destinasinya.
Kami sampai awal di Whitechapel dan aku mengambil kesempatan ini untuk menunaikan solat di sebuah masjid di kawasan itu. Agak menarik perhatian kerana jumlah jemaah yang menunaikan solat Isyak di situ seumpama bilangan jemaah ketika solat Jumaat.
Aku kemudiannya diperkenalkan kepada kawan Andhar dari UCL, Akmar dan Syazmir yang turut menyertai kami untuk makan malam. Aku dan rakanku, Aufa agak kekok pada mulanya memandangkan kami belum pernah berbual bicara walaupun aku dan dia belajar di MRSM yang sama selama 2 tahun. Hanya mata mampu mengungkapkan segalanya. Ait cewah!
Makan secara buffet di Chinese restaurant agak best. Seperti aku sudah terlupa bahawasanya masih banyak tanggungjawab aku di bumi UK ini, bukan untuk bergembira semata-mata. Kebanyakan masa dihabiskan dengan gelak tawa kami terhadap Andhar yang masih ragu-ragu dengan hidupnya. Makan malam ditutup dengan pemanis mulut daripada Cookies and Cream. Sempat juga kami membantai aiskrim dan waffle yang sememangnya sedap di mata dan di mulut. Malam kami diakhiri dengan lawatan ke residential hall Aufa yang sememangnya agak cool di mata aku. Dalam kegembiraan itu, ada kelalaian yang tidak disengajakan.

Aku dah penat nak tulis. Sambungan seterusnya dalam London (Part 3)...


Monday, November 23, 2009

London (Part 1)

Huhuhu... 20-22 November 2009, weekend yang agak best untuk aku dan tak kurang jugak pancaroba yang melanda. Aku ngan sorang housemateku, Thoriq ke London untuk jumpa Che Su aku sambil jalan-jalan kat London yang tak pernah aku singgah sebelum ni. Tiket bas boleh tahan jugak mahal, dalam 20 pound untuk return tiket. Tapi, sebab nak gi sangat, kira ok la harga tu kalau nak dibandingkan ngan tiket train yang dah mencecah 50 pound. Lain kali memang kena buat decision awal-awal.
Perjalanan ke London bermula sekitar pukul 3.45 petang dari Sheffield, naik National Express atau aku panggil bas tu 'bas transformer'. Sebabnya bila dia stop, pastu time nak bukak compartment simpan beg, ada suara macam Optimus Prime klua, "Clear your head". Lebih kurang la ayat dia. Bas pun nampak smart, ada seatbelt lagi. Safety first. Sekali lagi kejakunan menguasai diri aku dan Thoriq. Baru je 30 minit jalan, tiba-tiba bas tu stop dekat mana pun aku tak tau. Katanya rosak dan akan ada replacement bus. Tunggu tak sampai 10 minit, ada bas lain datang ambik semua penumpang. Perjalanan diteruskan dan bontot aku kebas sebab lama sangat duk atas bas. Pukul 9.00 malam, kami sampai di Victoria Coach station, Central London. Rumah Che Su kat Bayswater, sebelah Malaysian Hall. Nak pergi sana boleh naik bas, tube atau cab. Yang paling stylo naik tube kot. Baru dapat feel London. Cari-cari stesen tube, tak jumpa. Jadi, kami tanya la sorang mat salleh yang duk tercegat kat pintu keluar stesen bas tu. Dia kata dia boleh tunjukkan kat mana stesen Tube. Katanya dia belajar kat Kent University. Pastu dia tambah lagi, "London is my home". Aku ngan Thoriq hanya mengangguk sambil tersenyum. Bila nak naik tube, tengok harga tiket mahal gampang. 4 pound untuk one way journey ke Bayswater, kalau ada Oyster card (kad macam Touch 'n' Go) kena bayar 1.60 pound je. Memang nak terkeluar darah dari hidung aku. Kos hidup kat sini memang tinggi. Jadi, kami naik cab je memandangkan Che Su kata dia nak bayar. Hahaha. Cab 10 pound, tak letih apa pun. Malam tu Che Su bawak aku ngan Thoriq gi makan kat belakang rumah dia, ada kedai Pakistan (rasanya la...) kat Bayswater. Che Su a.k.a makcik aku yang paling bongsu ni kerja dekat Malaysian Hall, bawah JPA. Dari tahun 2007 lagi kat sini, dan Julai 2010 nanti dia dah nak balik ke Malaysia.
Esok paginya, aku dengan Che Su gi Hyde Park, dekat sangat dengan rumah dia. Bagi makan kat burung. Aktiviti yang agak kekanakan tapi menyeronokkan. Sebab semua burung datang nak makan dan ada sesetengahnya jadi gila. Hahaha. Tak disengajakan, aku terjumpa member aku, Firdaus dari Leicester, ngan sorang pompuan yang merupakan coursemate dia kot. Sedang bergambar di situ. Pastu, aku ngan Che Su pusing-pusing Hyde Park sampai rasa macam nak tercabut kaki.


Che Su dan burung kelaparan (Daus dan rakan menjadi penghias gambar)


Tupai yang sah-sah tak makan roti


Aku ngan Che Su


Aku ngan swan-swan yang tidak dapat diramal perilakunya


Effect kamera terlebih di Hyde Park


Aku dan gayaku


Aku yang tertidur di Hyde Park

Che Su ada bawak aku gi tengok Royal Albert Hall, katanya tempat Siti Nurhaliza nyanyi. Tak kisah la. Asalkan tempat tu menarik untuk dilihat.

Gaya spontan dari aku


Che Su yang tengah naik syeh sebab baru tengok photoshot session kat Hyde Park

Perjalanan diteruskan ke Buckhingham Palace. Di tengah-tengah perjalanan, ada macam funfair gitu. Kalau tak silap aku Winter festival. Kami pun masuk la jenguk-jenguk apa yang patut.


Aku yang ntah apa-apa


Rasanya macam panjang sangat kalau nak cerita semua. Jadi, aku sambung London (Part 2) nanti....

Sheffield

2 gambar ni saja-saja je nak letak, sebab dah lama tak post something kt blog.

Church di mana kelas Electric Circuit EEE218 berlangsung (juga tempat tidur petang aku dan rakan-rakan)

Mappin building
Bangunan untuk fakulti kejuruteraan