Wednesday, February 17, 2010

Keramaian yang ramai

Setelah 3 hari berada di Cardiff bersama rakan-rakan, aku seorang diri telah me'rocket'kan diri ke London menggunakan rocket yang diberi nama National Express. Tidur di rumah Che Su semalaman untuk mengumpul tenaga demi untuk menyambung perjalanan pulang ke Sheffield. Sebelah paginya, Che Su ajak aku ke 'car boot sales' atau nama melayunya jualan daripada but kereta. Kesejukan dan kejauhan yang amat membunuh perasaan riang aku untuk menikmati suasana car boot sales.
Selepas makan tengah hari, aku keluar awal dari rumah Che Su untuk ke Oxford street, dalam misi mencari cap macam army pakai dalam usaha untuk menambahkan ke'macho'an diri. Ternyata usahaku berbaloi. Aku berjaya dalam misi tersebut.
Namun sebelum itu, dalam perjalanan dari Bayswater ke Oxford street, menaiki bas 148 (aku kurang pasti), keadaan jalan raya agak sesak. Tidak pernah aku melihat London dilanda jam. Kelihatan beberapa orang manusia berbangsa Arab berlari-lari anak. Ada rusuhan kah? Aku segera mencapai kamera digital. On terus. Aku berdiri di sebelah pintu keluar bas. Seorang pakcik Arab menerpa ke arah pintu, dan dengan selambanya menekan butang emergency exit untuk keluar dari bas. Aku segera mengikuti jejak langkah pakcik itu sambil hati berteriak, "Pakcik...tunggu dulu, nak ikut jugak".
Rupa-rupanya ada...tak tau nak cakap apa. Nak kata demo, bukan. Rusuhan pun bukan. Ni upacara memperingati pengorbanan Imam Hussain dan keluarganya yang dibunuh dengan kejam di Kerbala. "This is a battle between good and evil". Aku ingat ayat tu saja. Ayat yang keluar dengan nada penuh semangat dari mulut seorang awek Arab yang cun. Satu lagi ayat yang aku paling ingat ialah, "Would you mind if I explain this to you?", tanya seorang awek Arab lain yang cun jugak. Aku ambil masa kira-kira 5 saat untuk respon sebab terpegun dengan kecantikannya. Haish! Godaan syaitan. "You can have this pamphlet". Tu ayat dari awek Arab lain yang kurang cun, tapi aku ingat jugak. Sambil-sambil 3 orang minah Arab tu duk explain pasal upacara ni, aku duk ambik gambar jugak. Sayang sekali sebab aku lupa nak ambil gambar mereka. Hahaha. Dapat disaksikan juga tarian separuh bogel di Hyde Park Corner sempena upacara ini.


Masjid ni melambangkan apa, aku pun tak tahu


Aku baca dari sini, tapi tak faham


Wanita dan kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk berarak



Tarian separuh bogel dalam cuaca sejuk

4 comments:

syahmi said...

tu ko quality 500d?

Uncle said...

Ish...rilek luh. Mano ado lagi. InsyaAllah next post ok.

saye kerink said...

ouh ramai jugak org islam kat london eh.
umm yang tarian semi-nude tuh ape tujuan nye? yg menari tu orang islam ke?
bukan ke aurat lelaki start dari pusat. then tuh ape pelbagai jenis pusat kelihatan. ish3 ta patot ta patot.

by the way, BEST gileh dapat jejak London!!
takpe takpe. nanti ade rezeki giliran den pulak sampai sane. ;]

Uncle said...

Hahaha. Mmg ramai pun. Kalau diorg nak boikot ekonomi UK pun mampu rasanya.
Yg tarian tu aku pun x tau utk apa. Ni tradisi je. Xde kaitan ngan agama.
InsyaAllah sume org bleh sampai London...