3 haribulan Februari 2010, habis exam untuk semester satu. Aku terus 'rocket' ke Cardiff, singgah sebentar di London sebab rasa nak singgah. Hahaha... jangan marah che Su.
Tujuan ke Cardiff, tidak jelas. Hanya untuk bertemu member-member dan menghabiskan masa sebelum kelas untuk semester kedua bermula. Aku sampai di Cardiff tak lewat dan tak awal. Dijemput oleh Tot dan Pini di Cardiff University stop berhampiran Student Union building yang tak nampak gah seperti di Sheffield. Salah sangka timbul dalam diri aku, kerana aku menyangkakan itu adalah sebuah stesen bas. Malam pertama, tidur di bilik Tot. Sunyi sepi sendiri aku benci. Sebab flatmate Tot pergi berparti. Dan yang paling susah kat bilik Tot ialah bila nak 'membuang'. Sebab susah nak basuh.
Keesokan harinya, aku nekad mengikut Tot dan rakan-rakan ke kelas Thermodynamics. Masuk lecture dan buat macam dah familiar dengan lecturer. Solat Jumaat skip sebab musafir, jadi masa itu digunakan oleh aku dan Thoriq untuk pusing Bute Park yang agak terkenal di Cardiff.
Waktu malam pula, makan malam di Mirchi, restoran India halal. Kerana dirasakan malam masih muda, aku dan rakan-rakan lepak di kedai shisha dan menghisap beliau. Sungguh tidak patut. Malam itu juga, aku men'transfer'kan diri ke rumah Abe Mat untuk menukar angin. Abe Mat masak 'ayam masak lemak'. Walaupun aku dah kenyang, tapi aku makan jua demi menenangkan hati Abe Mat yang sudah tension menunggu aku dan rakan-rakan pulang dari kedai shisha. Pagi menjelma, aku tidur semula selepas Subuh. Bila bangun, mee kari sudah tersedia. Alhamdulillah...
Tengah hari dihabiskan dengan berjalan-jalan di sekitar Cardiff Bay, ala-ala Danga Bay di Johor Bharu. Cadangan yang tak patut diterima dengan rela hati oleh rakan-rakan ialah bermain boling. Agak mahal namun berbaloi kerana masa dihabiskan bersama rakan-rakan. Sebelum aku bertolak balik ke London, kami makan-makan di Spice Route secara buffet yang memaksa aku memanfaatkan segala kudratku untuk memastikan bayaran 6 pounds adalah berbaloi. Zass!
5 comments:
mana maksu punye gamba ni?
xajak p cardiff?
hehe
ish... che Su wat gilo kat Cardiff, takdok org nak jaga. X leh bwk.
Bakpo gamba aku ado situ oh..xdop kaitan plop..haha..
ohoo..lain kali kalu ada dgr nak mari london tuh..che su nk buat2 xtau jah laa....sbb che su hanyalah tempat persinggahan!!!! huhuuhuuhuh
woahh. Cardiff!
nice house though. ;]
Post a Comment