Thursday, January 27, 2011

Just in Time

Bagi aku, musim exam ni merupakan musim paling tak best, kalau tak bersedia la. Kalau bersedia, segala-galanya nampak mudah. Semua benda yang best aku rasa nak buat time ni. Ambik gambar, tengok movie, keluar jalan2, lepak2 ngan member dan tak ketinggalan juga nak update blog. Time ni je terfikir nak buat semua benda tu. Masa2 free sebelum ni tak digunakan sepenuhnya. Patut la Nabi pesan gunakan masa lapang sebelum sempit. Mungkin sekarang baru aku faham.

Tambah gelabah lagi bila tgk coursemates terutamanya yg rajin amat, dah siapkan tutorials dan past year papers sebelum waktunya. Kata Hilman a.k.a junior Mechanical engineering yg tidak kurang sengalnya, org Melayu suka apply JIT principle. Bagi yg tak belajar engineering atau management, JIT merupakan akronim kepada 'Just in Time'. Kiranya siapkan keje cukup2 masa la. Contohnya, esok nak exam, malam ni baru abiskan revision. Hah! Tu kalau abis, kalau tak habis, tawakkal je la. Ada gak yg lg kacak. Nak exam je, dh countdown pakai jam. Malam tu stay up pastu terus pergi exam keesokan harinya. Yg ni aku tabik sbb aku dh try buat, dan kantoi pada paper yg berikut. Rasanya prinsip JIT ni hanya sesuai utk org yg betul2 bersemangat dan ada momentum yg tinggi. Yg hangat2 tahi ayam mcm aku, elakkan guna JIT. Kang tak pasal2 menangis time exam.

Selamat study dan semoga berjaya!


JIT tidak digunakan di sini.

5 comments:

fatimahazahrah said...

mmg berkesaan if use f0rmula JIT t0k wat assgmnt.. ;)

Uncle said...

JIT utk assignment mmg perlu. Kalau x, mmg habiskan masa je. Lecturer pun ckp camtu.

Afham said...

wak sedak sek kito

yAtiE said...

gambate!! :)

saye kerink said...

JIT! i ALWAYS use the concept. haha. betul la. betul betul. ramai orang melayu suka buat kerja last-last minute. i hope one day org boleh atasi masalah ini. wuhuuu jadilah kenyataan. aminnn ;]