Sunday, February 20, 2011

Southend-on-Sea (Melawat mokcik)

Sebelum ke Southend-on-Sea, aku memang tak tahu kat mana dan berapa lama masa utk ke sana dari Sheffield. Maka, rujuklah aku kepada google maps dan ini yg aku dpt.

Petunjuk daripada Encik Google Maps.

Mcm biasa la, Encik Google maps kuat sembang. Journey yg 3 jam boleh jadi 5 jam. Aku ambil keputusan utk drive ke sana memandangkan kos yg lebih rendah berbanding naik train atau bas. Senang pun senang. Kami dikurniai seekor 'Anak gajah' a.k.a Vauxhall Meriva 1.4 sbg tunggangan ke sana.

My crews; Thoriq, Ana, Siddiq & Juju.

Kalau bab jalan2 ni, aku mmg pakai prinsip 'pertama dan terakhir'. Kalau yg jenis byk songeh, tak boleh bg keputusan cepat, sure2 aku tak ajak dh utk next trip.
Aku dan rakan2 bertolak dr Sheffield sekitar pukul 7 ptg dan sampai di Southend-on-Sea pukul 1 pagi, agak lewat sbb ada masa kecemasan utk ke toilet. Alhamdulillah perjalanan lancar, cuma ada sedikit kesesakan sebab ada accident kat highway, satu jam sebelum masuk Essex.
Sampai2, Cik Anis (mokcik aku) pun dah tido, anak dia pun dah mamai. Sungguh tidak patut aku ini, tapi apakan daya.

Bangun esok pagi je, terus dapat tibai nasik lemak sambil lepak2 ngan Cik Anis. Byk jugak tamparan wanita (nasihat) yg aku dpt drpd Cik Anis walaupun tgn beliau sibuk memasak. Bg aku, Southend-on-Sea adalah satu bandar kecil, tempat org nak lepas angin. Kata Cik Anis, time weekend, ramai org dr London dtg ke sini. Mmg nmpk agak sibuk terutamanya waktu tengahari. Tak banyak benda yg boleh dilawati, jd kami decide utk ke Adventure Island (theme park tepi laut) pastu jalan2 di sekitar pier yg panjang dia mcm haram. Katanya terpanjang di dunia, tak tahu la betul atau tak.


Aku dan papan tanda bermakna.

Pemandangan tengah laut di Southend-on-Sea.


Bila petang menjelma, semua dah nak balik kecuali aku ngan Juju yg tiba2 sgt nak try Starbucks coffee. Maka lepaklah kami di sana tanpa mereka2. Balik2 umah je, tgk2 mee kari dah siap. Maka makan la lagi kami ini.
Time malam pulak, tak tau nak buat apa. Nak bergumbira kat luar, tak tau nk gi mana. Siddiq dgn selambanya mengeluarkan PS3 beliau yg bleh dikatakan menjadi sahabat karib beliau di mana sahaja beliau pergi. Aku terkejut tapi buat2 cool.
Keesokan harinya pulak, Cik Anis masak nasi kerabu. Aku dijadikan sbg mangsa keadaan. Katanya aku yg minta nasi kerabu ni, tapi rasanya aku tak pernah minta apa2. Yg penting boleh makan free lg la. Memandangkan masa tak byk, kami terpaksa bertolak awal dr rumah Cik Anis utk melawat destinasi seterusnya, Cambridge.


Gambar famili.

Perjalanan bosan ke Cambridge memakan masa sejam. Bila sampai kat Cambridge, agak susah utk cari parking sbb lebih ramai org naik basikal berbanding kereta kat sana. Cambridge nampak agak bijak, dan ada gaya mcm dlm movie 'Social Network' gitu. Ada club2 yg tak semua org boleh masuk kecuali students kat situ dan lecturer2 mereka sahaja. Agak kerek di situ. Kami di Cambridge tak lama, sbb sejuk dan mendung. Sekadar tgk2 dan beli souvenir. Nak naik sampan, tak sempat. Ah, tak lupa juga, kami masuk toilet kat Cambridge. Cukup syarat.

Juju jd photographer.

Sekian sahaja laporan utk minggu ini. Zass!

Sunday, February 6, 2011

Lepak?

Alhamdulillah, exam dah habis. Aku sempat cuti satu hari je memandangkan period exam utk course aku sama dengan period exam utk seluruh universiti. Aih! Tapi takpe, at least bleh berehat utk satu hari sebelum memulakan semester baru.

Ucapan penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan yg byk membantu aku time revision. Time study bersama, sempat juga la kiranya aku snap beberapa gambar utk menghilangkan kebosanan.

Terima kasih juga kepada Ana (cousin aku) dan Syaheeda (flatmate) beliau yg menjemput kami serumah utk dinner semalam.

Thoriq dan Jamil (dalam Macbook). Kecanggihan teknologi tak menghalang study group walaupun berjauhan. Ahah!


Aku yg sedang mendengar explanation drpd sifu2.


Toyot, tukang hibur dan pembuat air yg setia di kala beliau tak sibuk dengan 'komitmen baru' dan exam.


Tuan Guru Hj Adil, merangkap sifu tertinggi Mechanical engineering.

Semoga semester baru membuka lembaran baru utk kejayaan di masa akan datang.

Wassalam.

Thursday, January 27, 2011

Just in Time

Bagi aku, musim exam ni merupakan musim paling tak best, kalau tak bersedia la. Kalau bersedia, segala-galanya nampak mudah. Semua benda yang best aku rasa nak buat time ni. Ambik gambar, tengok movie, keluar jalan2, lepak2 ngan member dan tak ketinggalan juga nak update blog. Time ni je terfikir nak buat semua benda tu. Masa2 free sebelum ni tak digunakan sepenuhnya. Patut la Nabi pesan gunakan masa lapang sebelum sempit. Mungkin sekarang baru aku faham.

Tambah gelabah lagi bila tgk coursemates terutamanya yg rajin amat, dah siapkan tutorials dan past year papers sebelum waktunya. Kata Hilman a.k.a junior Mechanical engineering yg tidak kurang sengalnya, org Melayu suka apply JIT principle. Bagi yg tak belajar engineering atau management, JIT merupakan akronim kepada 'Just in Time'. Kiranya siapkan keje cukup2 masa la. Contohnya, esok nak exam, malam ni baru abiskan revision. Hah! Tu kalau abis, kalau tak habis, tawakkal je la. Ada gak yg lg kacak. Nak exam je, dh countdown pakai jam. Malam tu stay up pastu terus pergi exam keesokan harinya. Yg ni aku tabik sbb aku dh try buat, dan kantoi pada paper yg berikut. Rasanya prinsip JIT ni hanya sesuai utk org yg betul2 bersemangat dan ada momentum yg tinggi. Yg hangat2 tahi ayam mcm aku, elakkan guna JIT. Kang tak pasal2 menangis time exam.

Selamat study dan semoga berjaya!


JIT tidak digunakan di sini.

Friday, January 21, 2011

Happy Birthday Nyet

Hari ni, birthday atau ulangtahun kelahiran adik aku, Ahmad Akmal Syahmi bin Noor Azahan atau lebih dikenali sebagai Nyet dikalangan member-member beliau dan Bonbon oleh 'sesetengah' pihak. Bonbon? Apekah?
Memandangkan jarak yang jauh, tak dapatla aku menyambut birthday bersama beliau. Hanyalah ucapan 'Happy Birthday' mampu disampaikan.
Akhir kata, teruskan menjadi adik yang baik walaupun mmg dah baik dah(tulis sambil rasa malu-malu).

Happy Birthday

Beliau dgn cubaan utk melakukan sesuatu terhadap burung merak (kecik je).

Last Updated: Monday, September 13, 2010.

Wargh.

Rasanya dah lama sangat tak update blog sendiri. Tapi melihatkan kepada link kat blog ni, ada orang yg lg lama tak update, jadi takde hal lah.
Sekarang musim exam di universiti, dikala membelek-belek nota yg belum habis dibaca, tangan ni kadang-kala gatal untuk memegang mouse komputer, browse setiap website yg ada. Masa berseorangan digunakan untuk plan segala macam aktiviti selepas exam termasuklah percutian setiap hujung minggu; mampu atau tak, kita sama-sama nantikan la.
Kepada diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan, selamat maju jaya dalam exam.

I'm coming to you baby!