Monday, November 30, 2009

Aidiladha

Selamat menyambut Aidiladha diucapkan kepada saudara-mara, guru-guru dan rakan-rakan di Malaysia.

Friday, November 27, 2009

London (Part 3)

Sambung lagi ek...
Dalam kegembiraan tu, ada kelalaian yang tidak disengajakan. Ayat apa pun aku tak tau. Main bantai je.
Ok la. Lepas lepak-lepak dekat residential hall Aufa, aku dan 3 orang lagi rakan (Andhar, Akmar dan Syazmir) baru teringat yang kami nak kena balik. Part yang best ialah bila Aufa tanya, "Korang balik naik apa ek?". Masa tu, kami pun tertanya diri masing-masing. Aku memang menyerahkan segala keputusan kepada Andhar la. Sebab aku memang tak tahu selok belok London. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Tube semestinya dah tak ada. Jadi, kami check jadual bas 24 jam. Yang bestnya kat UK, jadual untuk pengangkutan awam semua ada kat dalam internet. Senang nak akses.

Bila dah dapat route yang diperlukan, kami semua blah dari bilik Aufa untuk balik. Kononnya la... Malang tidak berbau apabila bas yang ditunggu-tunggu tidak sampai. Aku kepelikan. Beginikah UK, dengar kata efisyen? Ahah! Masa tu jugak la Akmar tengok notis dekat papan tanda perhentian bas. Bas yang ditunggu-tunggu rupanya terlibat dalam strike a.k.a mogok kot. Kat UK, suara rakyat memang menjadi penggerak negara. Ada je yang kurang berpuas hati, mereka buat strike. Jauh sekali berbanding Tanahair tercinta. Kuasa terletak di tangan ahli politik. Baik ahli politik itu, baiklah negara.
Setelah 30 minit menunggu tanpa putus asa, kelihatan Andhar kepanikan. Terjenguk-jenguk bas nombor 25 yang tak kunjung tiba.

Andhar kepanikan bersedia untuk menahan bas di atas jalanraya

Aku dan rakan-rakan Andhar yang lain tenang memerhatikan gelagat Andhar yang mendesak kami memulakan perjalanan seribu batu ke destinasi yang tidak diketahui.

Ketenangan jelas dilihat di muka kami

Sesekali kami terperdaya dengan kata-kata Andhar yang mengkahabarkan bahawasanya bas yang ditunggu-tunggu telah muncul. Andhar memang hampeh!

Tertipu oleh Andhar

Kelihatan sebuah bas meluncur laju dan berhenti di hadapan kami. Tanpa melengahkan masa, kami terus menaiki bas tersebut yang mungkin dapat memberi harapan baru kepada kami semua. Sekali lagi kejakunan aku jelas dilihat. Maklumla, aku tak pernah naik bas 'ting tong' dua tingkat. Namun, perjalanan bas itu terhenti selepas 3 stesen yang langsung tidak memberikan sinar harapan kepada kami.
Dek kekecewaan yang melampau, berbekalkan peta tube, kami menapak mencari sinar harapan. Bayswater masih jauh. Entah di mana. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Arghh! Penapakan kami terasa begitu jauh, mungkin dari Whitechapel ke Holborn.

Peta perjalanan; tekan untuk pembesaran


Kepenatan setelah berjalan hampir 2 batu

Hahaha, akhirnya idea yang menelan kos timbul dalam kepala masing-masing. Naik cab. Nak cari cab pun tak senang, maklumla waktu orang lain tidur. Nikmat masih lagi diberikan kepada kami semua. Sebuah cab berhenti dan 14 pound dilihat sebagai 14 pence pada masa itu. Next destination, Edgware road. Rumah Akmar. Kena hantar dia dulu, kang apa-apa jadi, susah hidup dia.
Seterusnya, aku, Andhar dan Syazmir naik bas 'ting tong' ke Bayswater yang tak jauh dari situ. Rumah Syazmir juga di Bayswater, dekat dengan rumah Che Su. Ketibaan di rumah Che Su adalah pukul 3 pagi. Penat nak mampus. Aku terus tido saja.

Esok pagi, cadangan awal adalah untuk ke Hyde Park, bagi burung, tupai dan angsa makan namun cuaca tidak mengizinkan. Hujan lebat. Trip ke Hard Rock cafe pun dibatalkan jugak. Maka, lepaklah kami di rumah Che Su. Aku macam biasa la, tido balik. Tumi ada call cakap nak datang makan kat Malaysian Hall. Katanya akan memecut dengan 'superbike kayuhan' ke MH. Kami menunggu.

Thoriq, aku, Tumi (bersama superbike) dan Andhar

Bas aku dan Thoriq dijadualkan bertolak jam 3.30 petang ke Sheffield. Dek kelalaian lagi, aku mengkonfidenkan diri bahawasanya bas kami bertolak pukul 3.45 petang tanpa merujuk kepada tiket bas. Pukul 3.15 petang baru nak gerak ke Victoria Coach station, alhamdulillah kami sampai pukul 3.27 petang. Masa genting sangat, cari bas tak jumpa. Jadi, Thoriq ke kaunter pertanyaan untuk cari bas. "Platform 18 and it's still there", jawab mat salleh penjaga kaunter. Sampai-sampai je kat platform, jam dah menunjukkan 3.31 petang, kelebihan seminit di situ. Bas pula sudah tiada. Alahai... nak taknak, kena beli tiket baru. Melayang 13 pound.

Walaupun ke London hanya 2 hari, macam-macam experience aku dapat. Aish!


Thursday, November 26, 2009

London (Part 2)

PERHATIAN!
Post ini sangat panjang...


Ahah! Cerita aku di London bersambung lagi. Setelah puas tengok-tengok apa yang ada kat funfair di Hyde Park Corner, aku ngan Che Su meneruskan perjalanan seribu batu menuju ke arah Buckingham Palace. Tujuan asal ke situ sebab aku ada bagitau Che Su yang aku nak tengok askar yang tercegat macam patung tu. Alik-alik takde jugak. Jadi aku tengok je la sorang askar duk kawad kat dalam kawasan istana tu. Kelihatan agak macho, lalu aku meniru beliau.

Aku yang meniru kawad 'kemachoan'

Sebenarnya, aku dah janji dengan sorang member aku yang menuntut di University College London atau nama popularnya UCL untuk berjumpa di Buckingham Palace. Apakan daya, kami rakyat biasa, tak boleh masuk ke dalam istana. Lalu kami jumpa dekat luar je la.

Che Su ajar amik gambar macam ni. Sungguh tidak macho.

Kawan aku ni, nama dia Andhar. Asal dari Pulau Pinang, tak jauh dari rumah lama aku. Status single. Dulu merupakan ahli badan wakil pelajar di Kolej Mara Seremban. Che Su dengan senang hati mem'pass'kan aku kepada beliau sebab Che Su ada hal 'penting' kat umah.


Aku dan Andhar di luar Buckingham Palace

Aku dan Andhar tanpa melengahkan masa 'menapakkan' diri menuju ke Big Ben dan Parliament House, antara landmark yang ada di London. Kalau sape-sape gi London, mesti gi tempat ni, untuk ambik gambar la. Rasanya seluruh dunia tahu kot Big Ben ada kat London sahaja.
Bagi orang muda macam aku (walaupun digelar 'Uncle'), menapak merupakan sesuatu yang biasa walaupun jarak ke tempat yang dituju agak jauh. Nak naik cab, tak dapet la. Baik buat beli makanan.

Aku yang kelaparan dan Big Ben

Di sebelah Big Ben adalah Parliament House. Jadi, 2 dalam 1 la. Dua-dua ni duk kat tebing sungai Thames atau Thames river, sungai yang terkenal kot kat London. Nak ke Tower Bridge, tak dapet la sebab macam jauh je. Jadi, aku melepak-lepak la di atas jambatan berhampiran Parliament House ngan Andhar.

Thames river

Satu lagi tarikan yang ada di London ialah London Eye atau 'Mata London'. Secara asasnya, benda ni adalah sebuah ferris wheel yang besar tahap gaban, dikatakan terbesar di benua Eropah. Ada 32 passenger capsules kat London Eye dan pada kapsul ke 13, hanya kerangka dapat dilihat. Satu kepelikan bagi aku. Mengikut kata Andhar, nombor 13 merupakan nombor sial bagi orang UK. Macam nombor 4 bagi orang Cina. Mungkin diorang cuak bila naik kapsul nombor 13. Maybe kapsul tu boleh tercabut sendiri dan jatuh. WAllahua'lam. Namun, kita kena yakin, semua tu kuasa Allah. Macam-macam boleh jadi.

Kedahagaan dan London Eye

Andhar seterusnya bawak aku ke St Paul, salah satu gereja yang popular kat London. Jauh jugak jalan kaki dari Thames river ke St Paul, namun aku gagahi jua dek mahu melihat tempat orang.

Dek kecikaian kamera, St Paul nampak seperti lukisan

Kemudian, aku ke UCL bersama Andhar, untuk solat Maghrib. Namun, hanya Andhar sorang sahaja yang menunaikan solat, aku hanya duduk dan memerhati. Kenapa? Adakah aku telah terpesong? Tidak sama sekali. Aku bercadang untuk solat di rumah memandangkan aku bermusafir. Surau di UCL tidak selengkap surau di universiti tempat aku belajar. Surau UCL hanyalah sebuah kabin seumpama site office. Di UCL, tandas merupakan tempat untuk mengambil wuduk. Di Sheffield, bilik khas disediakan untuk umat Islam mengambil wuduk. Alangkah mudahnya...
Plan asal kami adalah untuk ke Trafalgar Square, untuk berjumpa member aku dari Beseri yang menuntut di Queen Mary University dalam jurusan Pergigian. Namun, oleh sebab-sebab ingin tahu, aku mengambil keputusan untuk ke tempat beliau iaitu Whitechapel, east London, kawasan di mana ramai umat Islam.
Namun sebelum itu, sifat ingin tahu dua anak muda membawa kami ke Soho Square, kawasan yang bagi aku agak gelap di London, seumpama Lorong Haji Taib dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Namun, Soho sedikit ekstrem. Sifat ingin tahu kami didorong oleh seniorku yang memberikan khabar-khabar gembira mengenai Soho Square. Andhar, seperti biasa mula menggelabah apabila melihat 2 orang lelaki berjalan seiringan berpegangan tangan. Jalan-jalan yang kami susuri dihiasi dengan bar-bar yang dikhususkan mengikut jantina. Paham-paham sendiri la. Sekarang, baru aku mengerti apa itu 'Taman Skodeng' yang pernah dikhabarkan oleh Papa. Hanya dengan harga serendah 5 pound, 'macam-macam' boleh dilihat. Namun, semua itu hanyalah nikmat dunia...
Perjalanan diteruskan lagi ke Oxford street, syurga membeli-belah di London. Banyak barangan berjenama namun aku bukanlah jenis yang mudah tertarik dengan benda-benda seumpama ini. Aku dan Andhar seterusnya ke Whitechapel, menaiki tube dengan bekalan Oyster card yang dibekalkan oleh Che Su. Naik tube memang memeningkan bagi orang yang mudah panik. Terlalu banyak line yang bersimpang-siur. Silap haribulan, lain pula destinasinya.
Kami sampai awal di Whitechapel dan aku mengambil kesempatan ini untuk menunaikan solat di sebuah masjid di kawasan itu. Agak menarik perhatian kerana jumlah jemaah yang menunaikan solat Isyak di situ seumpama bilangan jemaah ketika solat Jumaat.
Aku kemudiannya diperkenalkan kepada kawan Andhar dari UCL, Akmar dan Syazmir yang turut menyertai kami untuk makan malam. Aku dan rakanku, Aufa agak kekok pada mulanya memandangkan kami belum pernah berbual bicara walaupun aku dan dia belajar di MRSM yang sama selama 2 tahun. Hanya mata mampu mengungkapkan segalanya. Ait cewah!
Makan secara buffet di Chinese restaurant agak best. Seperti aku sudah terlupa bahawasanya masih banyak tanggungjawab aku di bumi UK ini, bukan untuk bergembira semata-mata. Kebanyakan masa dihabiskan dengan gelak tawa kami terhadap Andhar yang masih ragu-ragu dengan hidupnya. Makan malam ditutup dengan pemanis mulut daripada Cookies and Cream. Sempat juga kami membantai aiskrim dan waffle yang sememangnya sedap di mata dan di mulut. Malam kami diakhiri dengan lawatan ke residential hall Aufa yang sememangnya agak cool di mata aku. Dalam kegembiraan itu, ada kelalaian yang tidak disengajakan.

Aku dah penat nak tulis. Sambungan seterusnya dalam London (Part 3)...


Monday, November 23, 2009

London (Part 1)

Huhuhu... 20-22 November 2009, weekend yang agak best untuk aku dan tak kurang jugak pancaroba yang melanda. Aku ngan sorang housemateku, Thoriq ke London untuk jumpa Che Su aku sambil jalan-jalan kat London yang tak pernah aku singgah sebelum ni. Tiket bas boleh tahan jugak mahal, dalam 20 pound untuk return tiket. Tapi, sebab nak gi sangat, kira ok la harga tu kalau nak dibandingkan ngan tiket train yang dah mencecah 50 pound. Lain kali memang kena buat decision awal-awal.
Perjalanan ke London bermula sekitar pukul 3.45 petang dari Sheffield, naik National Express atau aku panggil bas tu 'bas transformer'. Sebabnya bila dia stop, pastu time nak bukak compartment simpan beg, ada suara macam Optimus Prime klua, "Clear your head". Lebih kurang la ayat dia. Bas pun nampak smart, ada seatbelt lagi. Safety first. Sekali lagi kejakunan menguasai diri aku dan Thoriq. Baru je 30 minit jalan, tiba-tiba bas tu stop dekat mana pun aku tak tau. Katanya rosak dan akan ada replacement bus. Tunggu tak sampai 10 minit, ada bas lain datang ambik semua penumpang. Perjalanan diteruskan dan bontot aku kebas sebab lama sangat duk atas bas. Pukul 9.00 malam, kami sampai di Victoria Coach station, Central London. Rumah Che Su kat Bayswater, sebelah Malaysian Hall. Nak pergi sana boleh naik bas, tube atau cab. Yang paling stylo naik tube kot. Baru dapat feel London. Cari-cari stesen tube, tak jumpa. Jadi, kami tanya la sorang mat salleh yang duk tercegat kat pintu keluar stesen bas tu. Dia kata dia boleh tunjukkan kat mana stesen Tube. Katanya dia belajar kat Kent University. Pastu dia tambah lagi, "London is my home". Aku ngan Thoriq hanya mengangguk sambil tersenyum. Bila nak naik tube, tengok harga tiket mahal gampang. 4 pound untuk one way journey ke Bayswater, kalau ada Oyster card (kad macam Touch 'n' Go) kena bayar 1.60 pound je. Memang nak terkeluar darah dari hidung aku. Kos hidup kat sini memang tinggi. Jadi, kami naik cab je memandangkan Che Su kata dia nak bayar. Hahaha. Cab 10 pound, tak letih apa pun. Malam tu Che Su bawak aku ngan Thoriq gi makan kat belakang rumah dia, ada kedai Pakistan (rasanya la...) kat Bayswater. Che Su a.k.a makcik aku yang paling bongsu ni kerja dekat Malaysian Hall, bawah JPA. Dari tahun 2007 lagi kat sini, dan Julai 2010 nanti dia dah nak balik ke Malaysia.
Esok paginya, aku dengan Che Su gi Hyde Park, dekat sangat dengan rumah dia. Bagi makan kat burung. Aktiviti yang agak kekanakan tapi menyeronokkan. Sebab semua burung datang nak makan dan ada sesetengahnya jadi gila. Hahaha. Tak disengajakan, aku terjumpa member aku, Firdaus dari Leicester, ngan sorang pompuan yang merupakan coursemate dia kot. Sedang bergambar di situ. Pastu, aku ngan Che Su pusing-pusing Hyde Park sampai rasa macam nak tercabut kaki.


Che Su dan burung kelaparan (Daus dan rakan menjadi penghias gambar)


Tupai yang sah-sah tak makan roti


Aku ngan Che Su


Aku ngan swan-swan yang tidak dapat diramal perilakunya


Effect kamera terlebih di Hyde Park


Aku dan gayaku


Aku yang tertidur di Hyde Park

Che Su ada bawak aku gi tengok Royal Albert Hall, katanya tempat Siti Nurhaliza nyanyi. Tak kisah la. Asalkan tempat tu menarik untuk dilihat.

Gaya spontan dari aku


Che Su yang tengah naik syeh sebab baru tengok photoshot session kat Hyde Park

Perjalanan diteruskan ke Buckhingham Palace. Di tengah-tengah perjalanan, ada macam funfair gitu. Kalau tak silap aku Winter festival. Kami pun masuk la jenguk-jenguk apa yang patut.


Aku yang ntah apa-apa


Rasanya macam panjang sangat kalau nak cerita semua. Jadi, aku sambung London (Part 2) nanti....

Sheffield

2 gambar ni saja-saja je nak letak, sebab dah lama tak post something kt blog.

Church di mana kelas Electric Circuit EEE218 berlangsung (juga tempat tidur petang aku dan rakan-rakan)

Mappin building
Bangunan untuk fakulti kejuruteraan

Tuesday, November 3, 2009

Nottingham Malaysian Games 2009

Kali ni, Nottingham Malaysian Games atau nama glamournya Notts Games mengisi hujung minggu aku. Acara sukan yang terkenal di United Kingdom ni berlangsung di University of Nottingham, kira-kira sejam perjalanan menaiki bas dari Sheffield. Kalau drive sendiri, mungkin hanya mengambil masa 40 minit. Kalau naik train, tak tahu sebab tak pernah cuba lagi. Kehadiran ramai rakyat Malaysia di Notts Games membuka mata aku bahawasanya ramai rakyat Malaysia yang menetap dan belajar di UK. Macam semut gitu. Memang ramai orang gi untuk ambil bahagian dalam sukan, dan lagi ramai orang yang gi untuk main-main. Itu termasuk aku la.

Keramaian di Nottingham

Scrabble

Chess atau nama melayunya catur

Basketball; rasanya game paling happening kat Notts Games

Badminton

Table tennis atau ping pong

Hakikatnya, objektif sebenar aku hanyalah untuk bertemu rakan-rakan yang belajar di UK. Rakan-rakan dari Kolej Mara Seremban, UniKL dan MRSM Beseri. Kalau duk kat Nottingham University sampai petang, dirasakan sebagai sia-sia. Jadi, aku dengan selambanya ikut member-member aku untuk ke Nottingham City. Macam-macam insiden berlaku. Yang paling aku ingat ialah masa kejar-mengejar dengan bas. Last skali, kami jalan kaki ke bus stop dekat jalan utama. Sebab sure bas banyak. Dekat city pulak, kalau nak shopping memang bukan kegemaran aku. Jadi, kitorang decide untuk melawat Nottingham Castle. Walaupun bayaran masuk 2 pound dikenakan, dan castle tu takde la best sangat, kami masuk saja sebagai mark yang kami dah sampai ke Nottingham. Hahaha. Ajal di tangan Tuhan, entah bila lagi nak ke Nottingham walaupun tak jauh.

Rakan-rakan di Notts. Dari kiri berdiri: Jamil, aku, Andhar
Dari kiri duduk: Ikram, Kara, Mariam

Gambar sengaja disengetkan untuk menampakkan latar belakang landmark University of Nottingham
(walaupun kecik)


Ketika merendek di city

Bila malam dah menjelang, baru kami mula balik ke Nottingham University sebab bas untuk ke Sheffield memang ada kat situ je. Nottingham Malaysian Games memang best terutamanya kalau nak jumpa rakan-rakan. Cuma ada beberapa benda yang macam kurang best sikit dari segi pengurusan. Ini yang aku nampak sahaja.

  • Time match badminton, line judges langsung tak ada. Terang-terang 'in' tapi referee kata 'out'. Aku ngan member cuma mendiamkan diri. Tak nak menimbulkan konflik.
  • Bola pun tak ada referee jugak. Rasanya ramai kot yang mampu mem'volunteer'kan diri kat Nottingham Malaysian Games.
Apa-apa pun, yang terbaik ialah makanan la. Walaupun harganya mahal macam hampeh untuk kuantiti yang sedikit, aku beli sahaja. Sebab dah lama kempunan nak makan nasik lemak. Kepada pelajar-pelajar Malaysia di University of Nottingham, terima kasih di atas event yang menarik ni. Semoga tahun depan akan lebih best lagi. Februari akan datang, nantikan kemunculan Weekend@Sheffield. Ada Nasheed Extravaganza (NEXT), Sheffield Games dan Sheffield Gigs (paling best antara 3). InsyaAllah. Ciao!

Sunday, November 1, 2009

Fresher's Camp 2009 (Photoshot)

Peserta Fresher's Camp 2009


Peserta lelaki (dalam keadaan hipokrit)


Peserta lelaki (dalam keadaan mula mengganas)


Peserta perempuan (mungkin di sinilah tempat mencari jodoh yang ideal...kih3)


Kontinjen Sheffield


Lens kamera umpama makanan yang mengenyangkan...miau!