Friday, September 25, 2009

Aku Bermain Dengan Lampu Kuning

Suatu hari, aku memandu kereta bapaku ke Carrefour Seberang Jaya untuk membeli barang-barang keperluan. Ting! Terlintas dalam kepala aku untuk menghubungi pejabat Malaysia Airlines di Kuala Lumpur. Diri ini ingin tahu berkenaan Grads card. Ganjarannya, ia aku mendapat pelepasan untuk membawa extra 10 kg bagasi untuk penerbangan ke London. Sesuatu yang amat penting bagi aku ketika ini.
Aku dimaklumkan bahawa Grads card tidak dapat diproses pada hari cuti, iaitu Sabtu. Segera aku menghubungi Andhar, tujuannya untuk memeras otak. Andhar sememangnya bijak. Rela membantu rakan-rakan dalam kesusahan. Aku segera menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan Grads card kepada Andhar di Kuala Lumpur melalui email. Kecanggihan teknologi menjadi penyelamat.
Sedang aku memandu, Andhar memaklumkan bahawa attachment files yang aku hantar semuanya ok kecuali salinan kad pengenalan yang di save dalam format docx. Ternyata cyber cafe yang dikunjungi Andhar sedikit kuno kerana masih belum menggunakan aplikasi Office 2007.
Di sinilah bermulanya kisah yang berkaitan dengan tajuk aku ini. Aku memecut ke arah pintu pagar Politeknik Seberang Perai dengan rasa yang amat confident dek lampu isyarat yang masih menghijau di mata. Aku perlu cepat untuk tidak melengahkan masa Andhar. Perlu menghantar semula salinan kad pengenalanku dalam format doc. Nak dijadikan cerita, lampu kuning memunculkan diri. Aku masih ingat, sebuah drama dalam tv ada menyatakan bahawa lampu kuning merupakan masa yang terbaik untuk pecutan terakhir. Hahaha...Ternyata drama itu ngok ngek. Aku terlalu laju sehinggakan tiada lagi ruang untuk aku berhenti di saat lampu kuning bertukar merah. Seorang pak cik dari arah kanan keretaku hampir melanggar sisi kereta. Aku akui itu kesalahanku. Aku hanya mengangkat tangan dan memekik, "Sori pak cik, tak sengaja!". Ternyata itu belum cukup baginya. Dalam cermin pandang belakang kereta, aku nampak pak cik itu memecutkan motosikal Honda Wave putihnya ke arah keretaku. Aku segera berhenti. Sekali lagi maaf dipinta. Dengan selambanya, pak cik itu bersuara, "Hang nak bunuh orang ka? Padia!" Aku hanya tersengih dalam hati. Terus menuju ke rumah untuk menyelesaikan urusan yang dikejar.
Suatu masa aku berfikir, bagaimana jika pak cik itu meninggal dunia atau cedera parah kerana melanggar kereta aku? Bagaimanakah nasib anak-anaknya? Sekali lagi, pengalaman melanggar seekor kucing hitam di jalan raya di kampungku terlintas di fikiran...Bagaimanakah nasib kucing itu? Cacat seumur hidupkah?
Apa yang penting di sini, berhati-hatilah di jalan raya. Satu pengajaran yang amat besar buat diriku...semoga menjadi pengajaran kepada rakan-rakan yang lain.

Wednesday, September 16, 2009

German plane makes fiery landing

Advertisement








A passenger plane carrying Germany's Social Democrat (SPD) leader Franz Muentefering has made an emergency landing at Germany's Stuttgart airport, after having problems with its landing gear.

Amateur footage shows the plane, which was flying in from Berlin's Tegel airport with 73 passengers and five crew members on board, landing on a protective layer of foam as flames appear from the undercarriage.

Contact Air, which operated the flight said all the passengers were able to leave the plane via its emergency slides.

One passenger was slightly injured and a stewardess was taken to a hospital for observation.

source: http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/8255851.stm

Sekali lagi, berita mengenai kemalangan udara disiarkan. Cuma kali ini, semua terselamat. Bagi aku, perkara sebegini yang bakal mematangkan seorang juruterbang. Aku masih lagi ingat kata-kata salah seorang rakanku yang masih dalam latihan penerbangan. "We pilot learn from others mistakes". Lebih kurang la...

Saturday, September 12, 2009

Ke'pilot'an...

Pilatus terhempas, 2 juruterbang maut


Keadaan pesawat Pilatus PC-7 yang terhempas di lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, yang mengorbankan dua nyawa, semalam.


LANGKAWI 11 Sept. – Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat mejar maut apabila pesawat Pilatus PC-7 yang mereka naiki terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.

Kedua-dua juruterbang tersebut dikenali sebagai Mejar Mohd. Rozaini Mohd. Mustafa, 37, dan Mejar Mohd. Zulkifli Hasan, 38. Kedua-dua mereka berkhidmat di pangkalan TUDM Kepala Batas, Alor Setar.

Kejadian berlaku ketika juruterbang berkenaan cuba mendaratkan pesawat tersebut di landasan lapangan terbang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan TUDM Kepala Batas dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan di lapangan terbang tersebut sebelum terbakar.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Langkawi, Ishak Hashim berkata, empat jentera bersama 15 anggota bomba berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat pada pukul 12.50 tengah hari.

Menurut beliau, ketika pihak bomba tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua juruterbang yang lengkap beruniform masih berada di tempat duduk masing-masing.

‘‘Anggota bomba berjaya mengeluarkan mayat kedua-dua juruterbang tersebut dari pesawat kira-kira pukul 1.20 petang dan terus dibawa ke Hospital Langkawi,’’ kata beliau.

Bagaimanapun, punca kemalangan itu masih disiasat.


Dipetik daripada Utusan Online, 12 September 2009/22 Ramadhan 1430


Wednesday, September 9, 2009

Yang Cambest...dan Yang Ngokngek

Ketiadaan aktiviti di rumah menyebabkan aku tertunggu-tunggu tarikh keramat 6 September 2009. Penantian disingkatkan dengan kunjungan Mirah iaitu salah seorang rakan sekelasku di SMK Bachok (macam lama tak jumpa) ke Pulau Pinang.Puan Ayu selaku pegawai MARA yang bertugas menguruskan geng-geng aku telah memutuskan untuk mengadakan pre-departure briefing pada 7 September 2009. Aku tertunggu-tunggu hari itu dek kebingungan kerana tarikh perlepasan aku dan rakan-rakan ke Sheffield, United Kingdom masih belum ditentukan. Hanya khabar angin yang mampu kami dengar. Katanya 17 atau 18 September. Aku hanya mampu bersedia dengan kelengkapan yang bakal aku bawa ke sana. Tiada lagi perasaan 'excited' atau teruja dengan tawaran MARA ini. Yang terdetik di hati, dapatkah aku hidup di sana dalam keadaan yang aman di bumi orang? Macam-macam terlintas di fikiran. Member-member yang telah setahun menetap di sana selalu berkongsi cerita yang kadangkala membimbangkan aku, terutama bab-bab perkauman. Ada yang kata kena baling dengan telur, kena tunjuk 'fuck' dan macam-macam lagi.
Berbalik kepada cerita 6 September, setibanya di Kuala Lumpur aku terus ke Tune Hotel Jalan Tunku Abdul Rahman. Rancangan ini diselia oleh Tot, member sekelas aku di UniKL IPROM. Khabarnya ingin menginap di situ. Rasa muda. Selepas pembayaran bilik dibuat, kami check-in dan terus ke stesen Putra Bangsar. Mior, member lamaku di Beseri yang juga member Tot di Kolej MARA Banting akan menjemput kami di sana untuk berbuka puasa. Mior tiba tidak tepat pada masanya.
Puasa aku dan member-member dibuka di Restoran Syed, Bangsar. Tak ramai orang dan agak selesa. Kemudian, solat Maghrib ditunaikan di Masjid Bangsar (kalau tak silap aku). Mior terkantoi dengan jirannya dek melarikan diri daripada menunaikan solat sunat terawih. Mukanya selamba...
Aktiviti lepas insan-insan berdarah muda diteruskan di taman berhampiran rumah Mior sambil menunggu Am. Aku kemudiannya mendapat pengalaman baru iaitu pengalaman melepak di Coffee Bean bersama rakan-rakan. Agak macho tetapi simple. Aktiviti kemuncak anak-anak muda bertempat di GSC MidValley Megamall. Am yang mencadangkan untuk kami semua menonton 'I love you Beth Cooper' yang agak menyeronokkan di mata aku. Last sebelum Subuh menjelma, aku dan member-member makan-makan di Restoran Pelita kawasan Bangsar. Tepat pukul 4.30 pagi, aku memejamkan mata di atas katil empuk di Tune hotel bersama Tot.
7.30 pagi, Tot selaku morning person mengejutkan aku. Terlewat Subuh lagi. Aku ngan Tot bersiap untuk ke bangunan MARA. Perasaan mengantuk mengalahkan segalanya. Aku hanya mendengar ceramah ala kadar sahaja. Yang paling ditunggu-tunggu ialah sessi bersama Malaysia Airlines. Mungkin aku akan mendengar tarikh perlepasan muktamad dari pegawai MAS namum sangkaan kami semua meleset. Tarikh belum ditentukan. Haish! 27 September. Tarikh yang belum rasmi.
Keesokan harinya, aku pulang ke Pulau Pinang dengan khabar itu. SMS dari Jamil diterima. 25 September merupakan tarikh baru kami ke Sheffield. Aku sudah pasrah. Rasanya, lebih baik aku bersedia untuk apa-apa tarikh yang bakal diumumkan MARA. Fikiranku berbisik, "Alahai...ngokngeknye...".

Wednesday, September 2, 2009

Alkisah Tuan Adil...

Dikala aku memeriksa fail-fail gambar dan video dalam komputer, macam-macam kenangan terlintas dalam kepala aku. Tapi, aku cukup tertarik dengan video yang memaparkan Tuan Adil sebagai pelakon utama. Macam-macam karenah yang mamat ni buat, tapi setakat ni rasanya belum ada lagi yang terguris atau tersentuh dengan perilakunya. Aku pun senang hati, kadang-kadang tergelak seorang diri bila aku teringat peristiwa yang menyertakan Tuan Adil sebagai pelakon utama. Rasanya, biarlah video yang aku sertakan ini menerangkan segala-galanya...

Selamat menonton!