Friday, April 24, 2009

Pesta Buku

Minggu lepas, oleh kerana x byk keje, jd aku amik keputusan utk gi Pesta Buku kt PWTC. X jauh dr asrama aku, dlm 10 minit perjalanan kalau naik kete. Masalahnya, kitorg xde kete. Oleh kerana malas sgt nk jalan kaki, keputusan yg bijak diambil. Naik Putra LRT kt Kg Baru, tukar ke STAR LRT kt Masjid Jamek, pastu terus ke PWTC. Walaupun duit abis skit, tapi sekurangnya x penat la. Aku ngan member (HIilmi) sampai awal, dlm pukul 11 pg. X ramai lg org. Sblm masuk ke PWTC, lalu depan Seri Pacific Hotel, teringat lak kenangan lama. Rasa mcm sedih je. Tapi, perkara yg dh nk jd. Biarkan je la.

Hotel Seri Pacific

Pastu, aku terus masuk nk tengok kedai2 yg jual buku, terutamanya buku2 yg melalaikan macam novel, komik dan buku2 yg sespesies dgnnya. Kalau gi kt bahagian buku2 lagho, ramai je org, sampaikan nk bergerak pun susah. Tapi, bila gi kt bahagian buku2 akademik, siap leh berlari lg. Lumba lari pun buleh kalau nk. Nmpk sgt rakyat Malaysia masih lg mempunyai kesedaran yg rendah terhadap buku2 akademik ni, termasuk aku la. Tgh asyik duk tgk buku, tetiba ada pakcik sorg ni offer aku utk masuk dlm dewan. Katanya ada majlis perasmian novel baru karangan isteri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Oleh kerana jakun nk tgk Tok Guru, aku pun masuk la. Mula2 x ramai org. Tetibe je dh penuh satu dewan. Ada yg sanggup duk atas lantai sbb nk tgk Tok Guru. Org kt tepi aku siap jerit 'Allahuakbar' lg. Terkejut gak la.

Kalau sape x knl Tok Guru, sila berkenalan.

Sbb tertarik ngan isi kandungan novel tu, aku angkat la sebijik. RM10, berpatutan la kot. Pastu, rayauan aku diteruskan lg. Aku cari novel Laskar Pelangi, yg tajuknya macam lagu Nidji tu. Sbb org ckp cite dia best, jd aku nk baca gak la. Mcm Ayat2 Cinta, novel lg best drpd filem. Bila tanya kakak yg jaga kaunter tu, dia ckp novel tu dah abis. Kekecewaan menusuk sanubari. Takkan aku nk balik tgn kosong (pdhl dh ada sebijik td). Aku dgn selambanya tanya kakak tu novel apa yg best. Dia cdgkan aku beli tiga novel yg mcm cerita bersiri la. Makrifat Cinta, Musafir Cinta ngan Syahadat Cinta. Dgr nama je dh membuatkan bulu roma aku menegak dan tekak terasa geli. Hahaha. Tapi, sbb dia ckp best, aku bantai ketiga-tiga. Harga agak murah sbb dpt student price. 25% utk setiap buku.

Kakak ni la yg rekemenkan aku suh beli 3 novel.

Abis je merayau, dh dpt brg, aku naik LRT ke Central Market. Semua ni Hilmi punya idea. Berapi je ckp nk gi Central Market amik gambar. Dek kegilaan terhadap fotografi, aku ikut je la mamat tu walaupun diri ini x mampu utk memiliki DSLR. Kamera biasa pun jd la.

Tabik samalu..

Serius, aku mmg jeles ngan brother ni. Sbb dia tau buat apa yg aku x tau buat. Nmpk mcm biasa, tapi menarik. Bila aku tgk je performance dia, keinginan utk memiliki sebuah videocam semakin membuak-buak. Hahaha.

Ni la dinding kegilaan Hilmi

Rasanya, setakat tu je aku nk melalut utk kali ni. Wassalam.

Pengumuman Rasmi

Assalamualaikum.

Aku, dgn rasminya dh x nk tulis blog pakai English dh. Sejujurnya, susah nk menyampaikan mende2 yg best kalau pakai English dek English ku yg masih lg di tahap budak2 tadika. Kpd rakan2 di luar sana, aku mengaku yg sblm ni, aku x ikhlas tulis blog pakai English, hanyalah sekadar latihan utk menghadapi IELTS semata-mata. Skrg ni, alhamdulillah IELTS dh lepas. Jd, aku akan balik ke bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. Bahasa melambangkan bangsa. Mmg x dinafikan. Kalau org Melayu x nk guna bahasa Melayu, sape lg? Fikir-fikirkan....

Wassalam.

Saturday, April 18, 2009

Kebosanan Tahap Melampau


Haih...Nothing interesting for this post. Just want to show a picture and video of Petronas Twin Towers in the cloud after heavy rain.