Friday, November 27, 2009

London (Part 3)

Sambung lagi ek...
Dalam kegembiraan tu, ada kelalaian yang tidak disengajakan. Ayat apa pun aku tak tau. Main bantai je.
Ok la. Lepas lepak-lepak dekat residential hall Aufa, aku dan 3 orang lagi rakan (Andhar, Akmar dan Syazmir) baru teringat yang kami nak kena balik. Part yang best ialah bila Aufa tanya, "Korang balik naik apa ek?". Masa tu, kami pun tertanya diri masing-masing. Aku memang menyerahkan segala keputusan kepada Andhar la. Sebab aku memang tak tahu selok belok London. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Tube semestinya dah tak ada. Jadi, kami check jadual bas 24 jam. Yang bestnya kat UK, jadual untuk pengangkutan awam semua ada kat dalam internet. Senang nak akses.

Bila dah dapat route yang diperlukan, kami semua blah dari bilik Aufa untuk balik. Kononnya la... Malang tidak berbau apabila bas yang ditunggu-tunggu tidak sampai. Aku kepelikan. Beginikah UK, dengar kata efisyen? Ahah! Masa tu jugak la Akmar tengok notis dekat papan tanda perhentian bas. Bas yang ditunggu-tunggu rupanya terlibat dalam strike a.k.a mogok kot. Kat UK, suara rakyat memang menjadi penggerak negara. Ada je yang kurang berpuas hati, mereka buat strike. Jauh sekali berbanding Tanahair tercinta. Kuasa terletak di tangan ahli politik. Baik ahli politik itu, baiklah negara.
Setelah 30 minit menunggu tanpa putus asa, kelihatan Andhar kepanikan. Terjenguk-jenguk bas nombor 25 yang tak kunjung tiba.

Andhar kepanikan bersedia untuk menahan bas di atas jalanraya

Aku dan rakan-rakan Andhar yang lain tenang memerhatikan gelagat Andhar yang mendesak kami memulakan perjalanan seribu batu ke destinasi yang tidak diketahui.

Ketenangan jelas dilihat di muka kami

Sesekali kami terperdaya dengan kata-kata Andhar yang mengkahabarkan bahawasanya bas yang ditunggu-tunggu telah muncul. Andhar memang hampeh!

Tertipu oleh Andhar

Kelihatan sebuah bas meluncur laju dan berhenti di hadapan kami. Tanpa melengahkan masa, kami terus menaiki bas tersebut yang mungkin dapat memberi harapan baru kepada kami semua. Sekali lagi kejakunan aku jelas dilihat. Maklumla, aku tak pernah naik bas 'ting tong' dua tingkat. Namun, perjalanan bas itu terhenti selepas 3 stesen yang langsung tidak memberikan sinar harapan kepada kami.
Dek kekecewaan yang melampau, berbekalkan peta tube, kami menapak mencari sinar harapan. Bayswater masih jauh. Entah di mana. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Arghh! Penapakan kami terasa begitu jauh, mungkin dari Whitechapel ke Holborn.

Peta perjalanan; tekan untuk pembesaran


Kepenatan setelah berjalan hampir 2 batu

Hahaha, akhirnya idea yang menelan kos timbul dalam kepala masing-masing. Naik cab. Nak cari cab pun tak senang, maklumla waktu orang lain tidur. Nikmat masih lagi diberikan kepada kami semua. Sebuah cab berhenti dan 14 pound dilihat sebagai 14 pence pada masa itu. Next destination, Edgware road. Rumah Akmar. Kena hantar dia dulu, kang apa-apa jadi, susah hidup dia.
Seterusnya, aku, Andhar dan Syazmir naik bas 'ting tong' ke Bayswater yang tak jauh dari situ. Rumah Syazmir juga di Bayswater, dekat dengan rumah Che Su. Ketibaan di rumah Che Su adalah pukul 3 pagi. Penat nak mampus. Aku terus tido saja.

Esok pagi, cadangan awal adalah untuk ke Hyde Park, bagi burung, tupai dan angsa makan namun cuaca tidak mengizinkan. Hujan lebat. Trip ke Hard Rock cafe pun dibatalkan jugak. Maka, lepaklah kami di rumah Che Su. Aku macam biasa la, tido balik. Tumi ada call cakap nak datang makan kat Malaysian Hall. Katanya akan memecut dengan 'superbike kayuhan' ke MH. Kami menunggu.

Thoriq, aku, Tumi (bersama superbike) dan Andhar

Bas aku dan Thoriq dijadualkan bertolak jam 3.30 petang ke Sheffield. Dek kelalaian lagi, aku mengkonfidenkan diri bahawasanya bas kami bertolak pukul 3.45 petang tanpa merujuk kepada tiket bas. Pukul 3.15 petang baru nak gerak ke Victoria Coach station, alhamdulillah kami sampai pukul 3.27 petang. Masa genting sangat, cari bas tak jumpa. Jadi, Thoriq ke kaunter pertanyaan untuk cari bas. "Platform 18 and it's still there", jawab mat salleh penjaga kaunter. Sampai-sampai je kat platform, jam dah menunjukkan 3.31 petang, kelebihan seminit di situ. Bas pula sudah tiada. Alahai... nak taknak, kena beli tiket baru. Melayang 13 pound.

Walaupun ke London hanya 2 hari, macam-macam experience aku dapat. Aish!


2 comments:

Afham said...

Aku merasakan ko makin lebar....betul ker?

Haihhh

Uncle said...

Hahaha. Satu petanda yang baik. Aku mengalami kesukaran menambah berat badan. Atau, mungkinkah petanda buruk? Warghh!