Thursday, November 26, 2009

London (Part 2)

PERHATIAN!
Post ini sangat panjang...


Ahah! Cerita aku di London bersambung lagi. Setelah puas tengok-tengok apa yang ada kat funfair di Hyde Park Corner, aku ngan Che Su meneruskan perjalanan seribu batu menuju ke arah Buckingham Palace. Tujuan asal ke situ sebab aku ada bagitau Che Su yang aku nak tengok askar yang tercegat macam patung tu. Alik-alik takde jugak. Jadi aku tengok je la sorang askar duk kawad kat dalam kawasan istana tu. Kelihatan agak macho, lalu aku meniru beliau.

Aku yang meniru kawad 'kemachoan'

Sebenarnya, aku dah janji dengan sorang member aku yang menuntut di University College London atau nama popularnya UCL untuk berjumpa di Buckingham Palace. Apakan daya, kami rakyat biasa, tak boleh masuk ke dalam istana. Lalu kami jumpa dekat luar je la.

Che Su ajar amik gambar macam ni. Sungguh tidak macho.

Kawan aku ni, nama dia Andhar. Asal dari Pulau Pinang, tak jauh dari rumah lama aku. Status single. Dulu merupakan ahli badan wakil pelajar di Kolej Mara Seremban. Che Su dengan senang hati mem'pass'kan aku kepada beliau sebab Che Su ada hal 'penting' kat umah.


Aku dan Andhar di luar Buckingham Palace

Aku dan Andhar tanpa melengahkan masa 'menapakkan' diri menuju ke Big Ben dan Parliament House, antara landmark yang ada di London. Kalau sape-sape gi London, mesti gi tempat ni, untuk ambik gambar la. Rasanya seluruh dunia tahu kot Big Ben ada kat London sahaja.
Bagi orang muda macam aku (walaupun digelar 'Uncle'), menapak merupakan sesuatu yang biasa walaupun jarak ke tempat yang dituju agak jauh. Nak naik cab, tak dapet la. Baik buat beli makanan.

Aku yang kelaparan dan Big Ben

Di sebelah Big Ben adalah Parliament House. Jadi, 2 dalam 1 la. Dua-dua ni duk kat tebing sungai Thames atau Thames river, sungai yang terkenal kot kat London. Nak ke Tower Bridge, tak dapet la sebab macam jauh je. Jadi, aku melepak-lepak la di atas jambatan berhampiran Parliament House ngan Andhar.

Thames river

Satu lagi tarikan yang ada di London ialah London Eye atau 'Mata London'. Secara asasnya, benda ni adalah sebuah ferris wheel yang besar tahap gaban, dikatakan terbesar di benua Eropah. Ada 32 passenger capsules kat London Eye dan pada kapsul ke 13, hanya kerangka dapat dilihat. Satu kepelikan bagi aku. Mengikut kata Andhar, nombor 13 merupakan nombor sial bagi orang UK. Macam nombor 4 bagi orang Cina. Mungkin diorang cuak bila naik kapsul nombor 13. Maybe kapsul tu boleh tercabut sendiri dan jatuh. WAllahua'lam. Namun, kita kena yakin, semua tu kuasa Allah. Macam-macam boleh jadi.

Kedahagaan dan London Eye

Andhar seterusnya bawak aku ke St Paul, salah satu gereja yang popular kat London. Jauh jugak jalan kaki dari Thames river ke St Paul, namun aku gagahi jua dek mahu melihat tempat orang.

Dek kecikaian kamera, St Paul nampak seperti lukisan

Kemudian, aku ke UCL bersama Andhar, untuk solat Maghrib. Namun, hanya Andhar sorang sahaja yang menunaikan solat, aku hanya duduk dan memerhati. Kenapa? Adakah aku telah terpesong? Tidak sama sekali. Aku bercadang untuk solat di rumah memandangkan aku bermusafir. Surau di UCL tidak selengkap surau di universiti tempat aku belajar. Surau UCL hanyalah sebuah kabin seumpama site office. Di UCL, tandas merupakan tempat untuk mengambil wuduk. Di Sheffield, bilik khas disediakan untuk umat Islam mengambil wuduk. Alangkah mudahnya...
Plan asal kami adalah untuk ke Trafalgar Square, untuk berjumpa member aku dari Beseri yang menuntut di Queen Mary University dalam jurusan Pergigian. Namun, oleh sebab-sebab ingin tahu, aku mengambil keputusan untuk ke tempat beliau iaitu Whitechapel, east London, kawasan di mana ramai umat Islam.
Namun sebelum itu, sifat ingin tahu dua anak muda membawa kami ke Soho Square, kawasan yang bagi aku agak gelap di London, seumpama Lorong Haji Taib dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Namun, Soho sedikit ekstrem. Sifat ingin tahu kami didorong oleh seniorku yang memberikan khabar-khabar gembira mengenai Soho Square. Andhar, seperti biasa mula menggelabah apabila melihat 2 orang lelaki berjalan seiringan berpegangan tangan. Jalan-jalan yang kami susuri dihiasi dengan bar-bar yang dikhususkan mengikut jantina. Paham-paham sendiri la. Sekarang, baru aku mengerti apa itu 'Taman Skodeng' yang pernah dikhabarkan oleh Papa. Hanya dengan harga serendah 5 pound, 'macam-macam' boleh dilihat. Namun, semua itu hanyalah nikmat dunia...
Perjalanan diteruskan lagi ke Oxford street, syurga membeli-belah di London. Banyak barangan berjenama namun aku bukanlah jenis yang mudah tertarik dengan benda-benda seumpama ini. Aku dan Andhar seterusnya ke Whitechapel, menaiki tube dengan bekalan Oyster card yang dibekalkan oleh Che Su. Naik tube memang memeningkan bagi orang yang mudah panik. Terlalu banyak line yang bersimpang-siur. Silap haribulan, lain pula destinasinya.
Kami sampai awal di Whitechapel dan aku mengambil kesempatan ini untuk menunaikan solat di sebuah masjid di kawasan itu. Agak menarik perhatian kerana jumlah jemaah yang menunaikan solat Isyak di situ seumpama bilangan jemaah ketika solat Jumaat.
Aku kemudiannya diperkenalkan kepada kawan Andhar dari UCL, Akmar dan Syazmir yang turut menyertai kami untuk makan malam. Aku dan rakanku, Aufa agak kekok pada mulanya memandangkan kami belum pernah berbual bicara walaupun aku dan dia belajar di MRSM yang sama selama 2 tahun. Hanya mata mampu mengungkapkan segalanya. Ait cewah!
Makan secara buffet di Chinese restaurant agak best. Seperti aku sudah terlupa bahawasanya masih banyak tanggungjawab aku di bumi UK ini, bukan untuk bergembira semata-mata. Kebanyakan masa dihabiskan dengan gelak tawa kami terhadap Andhar yang masih ragu-ragu dengan hidupnya. Makan malam ditutup dengan pemanis mulut daripada Cookies and Cream. Sempat juga kami membantai aiskrim dan waffle yang sememangnya sedap di mata dan di mulut. Malam kami diakhiri dengan lawatan ke residential hall Aufa yang sememangnya agak cool di mata aku. Dalam kegembiraan itu, ada kelalaian yang tidak disengajakan.

Aku dah penat nak tulis. Sambungan seterusnya dalam London (Part 3)...


6 comments:

fatimahazahrah said...

(Dalam kegembiraan itu, ada kelalaian yang tidak disengajakan.)hurmmm..mcm ade mksud yg trsirat je..hahaha

Uncle said...

hahaha. nantikan la.

mayein said...

wah dah kat uk dah.. hihi.. kamu blaja kat uni apa and buat course ape kt sana? all da best!

Uncle said...

Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi. University of Sheffield, buat mechanical engineering. InsyaAllah. Trimas di atas galakan itu.

mayein said...

hihi.. gud2x... bape tahun lg?

Uncle said...

insyaAllah 3 tahun.