Tuesday, December 1, 2009

Aidiladha bersama keluarga

Ahah! Aku memang suka sangat-sangat kalau dapat sambut hari raya dengan famili, tak kisah raya puasa atau raya haji. Alhamdulillah, tahun ni aku pun berkesempatan sambut hari raya haji di Sheffield bersama famili. Tak kira di mana-mana pun, tanpa aku sedar, aku dikelilingi keluarga aku. Che Su duk London, dekat saja kalau nak pergi (walaupun 4 jam lebih naik bas yang membawa kesakitan punggung) dan kak Sha duk Manchester, lagi dekat. Aku tak kisah samada famili tu famili dekat atau jauh. Yang penting orang tu ada. Hahaha.

Aku dan kak Sha

Aku nak cerita la sikit pasal kak Sha. Kak Sha merupakan anak kepada sepupu kepada mak aku (dalam bahasa senangnya, second cousin aku) yang aku panggil cik Zah. Masa kat kampung, jangan harap la aku nak cakap ngan dia, nak tegur pun bagai nak luruh tulang dari badan. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Padahal aku selalu saja nampak dia masa hari keluarga ataupun hari raya. Tapi, bila datang belajar kat sini je, yang tak pernah ditegur tu la yang aku cari. Tambah kesenangan aku bila dapat tau dia selalu datang ke Sheffield, maklumla ramai kawan dia kat sini. Masa mula-mula aku nak jumpa dia, tido malam pun tak lena (tak tipu nih), menunggu hari cepat pagi. Sebab aku rasa jauh sangat dengan famili dan dia yang terdekat yang aku boleh cari. Terubat juga la rindu dekat keluarga kat kampung. Harga untuk kenal kak Sha, aku boleh katakan tak ternilai dengan matawang la, walaupun dalam hati aku tegar mengatakan bahawa harga nak kenal kak Sha adalah sama mahal dengan harga pinjaman boleh ubah MARA. Kih3...
InsyaAllah tahun depan, Nana iaitu adik kak Sha akan datang ke Sheffield untuk sambung belajar dekat sini. Mungkin Allah dah takdirkan, kat mana pun aku berada, keluarga tetap di sisi. Cewah! Membuatkan rasa homesick aku kurang sedikit...harapnye la.


p/s: Kredit kepada kak Sha sebab bagi gambar ni

7 comments:

Safirah said...

hai baru x habis 1 sem lagi pun da balik m'sia? hahaa

Uncle said...

ish, mana ada balik malaysia...kat sini je la. cuma ada jumpa saudara-mara kat sini. hahaha. bahagianya diriku ini.

AML said...

kak sha kamu ni blaja apa? kt uni mana eh? mcm penah nampak la...

Anonymous said...

bagusla hbgn hbgn silaturrahim.

Uncle said...

hahaha. kak sha stadi chemical engineering kat manchester university. dia popular kot. kih3... siapakah cik AML ini?

fatimahazahrah said...

yezza.mmg best smbut raya dgn family.blh jmp saudara mara.n if keluarga takde disisi p0n,kita ngn kwn2 yg sesama islam nie p0n dikira sbgai saudara kita gak..
Sabda Rasullulah S.A.W.
'orang islam itu saudara bagi orang islam yang lain'
~waallahualam~

Anonymous said...

sedey2...huuuuuuu