Fresher's Camp 2009. Nama seindah rupa. Aku sertai kem ini kerana aku sedar aku memang seorang fresher walaupun aku merupakan 'direct entry student' di University of Sheffield. Secara ringkasnya, kem ini memang menarik. Ada perbahasan, ceramah dan perkongsian pengalaman daripada senior-senior yang telah lama menetap di bumi UK ini. Trimas kepada Firdaus Notts kerana sudi berkongsi pengalamannya ketika melancong ke Turki. Tidak dilupakan juga, Akmal Warwick yang memperingatkan kami semua supaya menggunakan masa di UK sebaik mungkin untuk mencuba benda-benda baru yang dikira menarik. Kepada kak Aida Manchester, walaupun ceramahmu memberatkan kedua belah mataku, trimas juga diucapkan. Tingkahlaku kak Aida matang menjangkaui usia, yang mana amat berbeza sekali berbanding aku dan rakan-rakan di Sheffield. Kepada penceramah jemputan, ceramah anda juga best walaupun aku hanya mencapai tahap fokus sebanyak 2%. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada senior-senior yang bersusah payah dalam menjayakan kem ni.
Apa yang best kat kem ni...
Apa yang best kat kem ni...
- Yang paling aku nampak ialah aku boleh keluar dari Sheffield buat pertama kalinya selepas 3 minggu di sini.
- Pastu, boleh kenal freshers lain dari Leeds, Warwick, Nottingham dan juga Sheffield.
- Pengalaman tidur di dalam khemah dalam suhu macho iaitu 10 darjah Celcius. Boleh main asap lagi tanpa perlu menyalakan rokok.
- Makan dalam talam (ini memerlukan skill memilih partner yang kecik dan kurang makan)
- Makan BBQ di kawasan hutan dalam England.
2 comments:
haha..
Faries2..
lawak betol..
eh akak nak link kan blog awak kat blog akak ek..thanxx
camp ni dibuat kat mana faries?
Post a Comment