Wednesday, September 2, 2009

Alkisah Tuan Adil...

Dikala aku memeriksa fail-fail gambar dan video dalam komputer, macam-macam kenangan terlintas dalam kepala aku. Tapi, aku cukup tertarik dengan video yang memaparkan Tuan Adil sebagai pelakon utama. Macam-macam karenah yang mamat ni buat, tapi setakat ni rasanya belum ada lagi yang terguris atau tersentuh dengan perilakunya. Aku pun senang hati, kadang-kadang tergelak seorang diri bila aku teringat peristiwa yang menyertakan Tuan Adil sebagai pelakon utama. Rasanya, biarlah video yang aku sertakan ini menerangkan segala-galanya...

Selamat menonton!










Monday, August 31, 2009

Semangat Kemerdekaan

Hohoho. Sudah lama blog ini kesepian. Tup tup bulan Ogos sudah hampir melabuhkan tirainya, bermakna perayaan kemerdekaan Tanah Melayu akan disambut rakyat Malaysia (aku tak pasti adakah aku termasuk dalam golongan ini, mungkinkah aku tidak menghargai kemerdekaan?? aiseymen).
Dek ketidak adaan aktiviti menarik di rumah, adik aku mengajak aku melakukan aktiviti yang tidak kurang menariknya sebagai menunjukkan tanda menghargai kemerdekaan negara (tidak pasti sesuai atau tidak).

Saksikan...

Tabik hormat antara rakan sekerja sblm misi dimulakan


Taklimat misi daripada ketua operasi


Misi tercapai. Merdeka!

Bila aku rujuk balik, aku sedar yang cerita bergambar ni tidak bermotif. Hahaha... Apa-apa pun, semoga kita semua menghargai kemerdekaan yang dikecapi negara kita. Jangan dilupakan rahmat daripada Yang Maha Esa.

Saturday, August 15, 2009

Pengisian masa lapang

Huish...macam-macam boleh terjadi jika masa lapang dilihat sebagai benda yang menghiasi hidup, walaupun pada hakikatnya, manusia tiada masa lapang. Masa perlu digunakan dengan sebaiknya, jadi hargailah masa lapang sebelum datangnya masa sibuk. Di kala menunggu surat dari Universiti, aku menghabiskan masa di rumah, memerhatikan perangai adik-adik yang entah apa-apa. Ini merupakan sedikit-sebanyak tentang pengisian mereka di rumah sewaktu hujung minggu.


Kucing Kung Fu


Kanak-kanak penyeksa kucing

Kata adik-adik aku, kucing ni menarik. Sebabnya, tak berak merata-rata. Entah macam mana, idea hampeh tercetus dalam kepala adik-adik aku ini, untuk pose bersama anak kucing yang malang ni. Kalau korang tengok, kucing oren yang atas tu ada keistimewaan. Bila dipegang macam tu, sebelah kaki akan terangkat, maka digelarnya 'Kung Fu'. Yang lain berperi seperti kucing-kucing yang normal. Aku tak akan heran kalau tiba-tiba anak-anak kucing ini menghembuskan nafas yang terakhir secara normal ataupun terkejut. Maklumlah, diperlakukan sebegini rupa.



Moral: Gunakan masa lapang anda dengan sebaik-baiknya...

Friday, July 17, 2009

Penamat?

Gambar hiasan

Secara rasminya, aku telah selesai dengan peperiksaan akhir semester dua. Masa yang diperuntukkan untuk minggu peperiksaan amat panjang, hasil daripada permohonan diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan. Penyeksaan jelas terasa. Bagi aku, walaupun peperiksaan telah melabuhkan tirainya, masih ada lagi perkara yang masih belum bertemu noktahnya. Bak kata Dr Wan Mansor, "You still have a long way to go" di kala aku melakukan kesalahan yang remeh-temeh terutamanya dalam proses menuntut ilmu dalam usaha untuk mematangkan diri.
Beberapa tugasan perlu dihantar untuk dinilai oleh tenaga pengajarku. Aku harap semua ini bakal membantuku dalam usaha untuk meraih masa akan datang yang lebih gemilang, sama seperti rakan-rakanku yang lain yang telah berjaya mengecap impian tersendiri.
Minggu hadapan merupakan minggu yang bakal menentukan halatuju diri aku yang seterusnya, dan aku bakal menerimanya sebagai takdir yang telah ditentukan Ilahi.